Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Murid prasekolah, pelajar sekolah rendah akan diberi pelindung muka, sanitiser tangan

Para murid prasekolah dan pelajar sekolah rendah akan masing-masing diberikan pelindung muka dan cecair pembasmi kuman sedang mereka bersiap sedia untuk kembali ke bilik darjah mulai 2 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Murid prasekolah, pelajar sekolah rendah akan diberi pelindung muka, sanitiser tangan

(Gambar: Yayasan Temasek)

Diterbitkan : 22 May 2020 10:53PM Dikemas Kini : 22 May 2020 10:56PM

SINGAPURA: Para murid prasekolah dan pelajar sekolah rendah akan masing-masing diberikan pelindung muka dan cecair pembasmi kuman sedang mereka bersiap sedia untuk kembali ke bilik darjah mulai 2 Jun.

Kesemua guru prasekolah dan kakitangan juga akan menerima pelindung muka dan oksimeter sebagai sebahagian daripada inisiatif Yayasan Temasek dengan kerjasama Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Kementerian Pendidikan (MOE).

Sebilangan guru sudahpun menerima kelengkapan tersebut setelah mereka selesai menjalani ujian swab sejak beberapa hari lalu. Bakinya akan mendapat kelengkapan tersebut dalam masa beberapa minggu akan datang, menurut Yayasan Temasek dalam Jumaat (22 Mei).

"Pelindung muka boleh dicuci dengan mudah dengan sabun dan air, untuk mengekalkan ciri-ciri yang dapat mencegah wap," tambahnya.

Kesemua murid prasekolah dan pelajar sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan pendidikdan khas masing-masing akan diberikan dua botol cecair pembasmi kuman - botol bersaiz 50ml dan satu lagi 500ml.

Cecair itu mengandungi 40 peratus alkohol isopropyl dan 0.1 peratus benzalkonium chloride.

PARA PELAJAR ITE DAN KAKITANGAN AKAN DAPAT PELITUP GUNA SEMULA

Para pelajar, kontraktor perkhidmatan dan kakitangan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) juga akan mendapat dua botol cecair pembasmi kuman dan sepasang pelitup guna semula.

Menurut Yayasan Temasek, pelitup itu boleh mengekalkan keberkesanan antibakteria sehingga 30 cucian.

Secara keseluruhannya, inisiatif itu dijangka memanfaatkan lebih 650,000 pelajar serta 42,000 guru dan kakitangan kontrak. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan