Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Msia catat 89 kes baru, dua kematian

Hampir semua negeri di Malaysia mencatatkan kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas sehingga pukul 12.00 tengah hari ini (30 Sep), dengan jumlah kes sebanyak 89.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Msia catat 89 kes baru, dua kematian

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 08:57PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 08:58PM

KUALA LUMPUR: Hampir semua negeri di Malaysia mencatatkan kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas sehingga pukul 12.00 tengah hari ini (30 Sep), dengan jumlah kes sebanyak 89.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 86 kes merupakan penularan tempatan sekali gus menjadikan jumlah kes positif ialah 11,224 dengan kebolehjangkitan 1,121 kes.

Memperincikan kes baru tersebut, Sabah mencatat 35 kes, Kedah (13), Selangor (10), Johor (lapan), Sarawak (empat), Kuala Lumpur (tiga), Terengganu (tiga), Pahang (dua), Kelantan (dua), Perlis (dua), Negeri Sembilan (satu), Perak (satu), Pulau Pinang (satu) dan Labuan (satu). 

Bagi tiga kes import, ia melibatkan dua dari Belanda dan satu dari Indonesia, masing-masing di Kuala Lumpur.

"Daripada 86 kes tersebut (jangkitan tempatan), sebanyak 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept adalah sebanyak 88 kes," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata terdapat dua kematian berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 136 kes.

Menurutnya kes kematian ke-135 (iaitu kes ke-11,207) merupakan lelaki warganegara berumur 46 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang.

"Kes mula mengalami gejala sejak 21 Sept kemudian mengalami sesak nafas dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 28 Sep. 

“Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada 6.15 petang. Hasil saringan COVID-19 didapati positif," katanya sambil menambah bagi kes kematian ke-136 (iaitu kes ke-11,185), mangsa adalah lelaki warganegara berumur 70 tahun yang mempunyai penyakit barah peringkat akhir.

"Kes telah meninggal dunia di rumah pada 26 Sep dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau, Sabah. Hasil saringan COVID-19 didapati positif pada 29 Sep," katanya.

Beliau turut memaklumkan terdapat 28 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah 9,967 kes manakala 16 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan