Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19 merebak ke bahagian lain Jepun sedang IOC tegaskan komitmen anjur Sukan Olimpik Tokyo

Wilayah Shiga di bahagian barat Jepun mengesahhkan kes pertama jangkitan virus korona COVID-19, sedang Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menegaskan komitmennya untuk memulakan acara-acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai seperti yang dijadualkan.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 merebak ke bahagian lain Jepun sedang IOC tegaskan komitmen anjur Sukan Olimpik Tokyo

Seorang wanita di Shibuya di Tokyo, Jepun kelihatan memakai pelitup muka pada 17 Feb 2020 (Gambar: Reuters/Athit Perawongmetha)

Diterbitkan : 05 Mar 2020 11:24AM Dikemas Kini : 05 Mar 2020 11:27AM

TOKYO: Wilayah Shiga di bahagian barat Jepun mengesahhkan kes pertama jangkitan virus korona COVID-19, sedang Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menegaskan komitmennya untuk memulakan acara-acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai seperti yang dijadualkan.

Seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 60-an tahun diuji positif jangkitan virus itu, menjadikannya kes pertama yang disahkan di wilayah Shiga, kata seorang jurucakap di satu taklimat media pada Khamis (5 Mac)

Jumlah jangkitan yang disahkan di Jepun meningkat menjangkaui 1,000 pada Rabu (4 Mac), apabila 36 kes baru disahkan, peningkatan tertinggi dalam tempoh sehari sejauh ini.

12 orang meninggal dunia akibat virus berkenaan, menurut kementerian kesihatan negara itu.

Penularan COVID-19 yang berlaku secara mendadak menimbulkan tanda tanya sama ada Tokyo boleh menghoskan Sukan Olimpik seperti yang dijadualkan mulai 24 Julai.

Namun Presiden IOC Thomas Bach berkata perkataan 'pembatalan' atau 'penangguhan' tidak disebut semasa mesyuarat dua hari yang memberi tumpuan kepada persiapan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Apabila ditanya apakah yang membuat beliau begitu yakin yang temasya sukan itu dapat diteruskan, Encik Bach berkata IOC dan pihak penganjur menerima maklumat dan nasihat terlebih dahulu daripada para pakar, termasuk daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan