Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19 mampu bertahan sehingga 9 jam di permukaan kulit anda

Saintis di Jepun mendapati virus COVID-19 mampu hidup sehingga sembilan jam di permukaan kulit manusia. Penemuan terbaru itu menguatkan lagi peri perlunya amalan membasuh tangan lebih kerap bagi memerangi pandemik itu.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 mampu bertahan sehingga 9 jam di permukaan kulit anda

(Gambar: AFP/Jeff Pachoud)

Diterbitkan : 18 Oct 2020 09:29PM Dikemas Kini : 18 Oct 2020 09:35PM

TOKYO: Saintis di Jepun mendapati virus COVID-19 mampu hidup sehingga sembilan jam di permukaan kulit manusia. Penemuan terbaru itu menguatkan lagi peri perlunya amalan membasuh tangan lebih kerap bagi memerangi pandemik itu.

Kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Penyakit Berjangkit Klinikal itu mendedahkan bahawa patogen yang menjadi penyebab selesema pula hanya mampu bertahan di kulit manusia hampir dua jam berbanding COVID-19.

"Daya tahan virus COVID-19 adalah selama sembilan jam pada kulit manusia, berupaya meningkatkan risiko jangkitan jika dibandingkan virus Influenza A, sekali gus akan meningkatkan penularan pandemik itu," menurut laporan tersebut.

Pasukan penyelidik tersebut membuat ujian pada kulit yang diambil daripada spesimen autopsi selepas sehari meninggal dunia.

Kedua-dua virus COVID-19 dan virus selesema menjadi tidak aktif dalam tempoh 15 saat apabila diletakkan etanol yang digunakan dalam cecair pembasmi kuman.

"Lebih lama virus COVID-19 berada pada kulit, lebih tinggi risiko jangkitan. Bagaimanapun penggunaan cecair pembasmi kuman dapat mengurangkan risiko jangkitan," menurut kajian itu.

Kajian itu menyokong nasihat dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggalakkan tangan dibasuh lebih kerap bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan