Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Malaysia kenal pasti 4 kelompok baru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti empat kluster baru hari ini (17 Jul) melibatkan individu dalam siasatan (PUI) Pitakwa, PUI Shirala, Pusat Perubatan Kuching dan Jupiter, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Malaysia kenal pasti 4 kelompok baru

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Jul 2020 07:32PM Dikemas Kini : 17 Jul 2020 07:34PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti empat kluster baru hari ini (17 Jul) melibatkan individu dalam siasatan (PUI) Pitakwa, PUI Shirala, Pusat Perubatan Kuching dan Jupiter, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Dr Noor Hisham pecahan kes indeks bagi keempat-empat kluster tersebut melibatkan dua warga tempatan dan dua bukan warganegara.

Katanya kes indeks kluster PUI Pitakwa merupakan seorang warga Malaysia (iaitu kes ke-8737) yang telah pulang ke tanah air dari negara Nigeria pada 11 Julai lepas dan saringan COVID-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) didapati negatif.

Namun, tiga hari kemudian beliau perlu menjalani ujian ulangan COVID-19 kerana didapati mengalami gejala teruk dan dikesan positif serta dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu.

"Susulan itu, 44 kontak rapat telah dikenal pasti dan disaring terutama dalam kalangan ahli keluarga, penumpang dan kru kapal terbang, pemandu teksi serta rakan sekerja. Daripada jumlah tersebut dua dikesan positif (iaitu kes ke-8754 dan 8755), tiga negatif manakala selebihnya masih menunggu keputusan," menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan