Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Majoriti penumpang sambut baik teksi ComfortDelGro dipasang perisai plastik

Anda mungkin dalam kalangan pengundi yang merancang untuk naik teksi ke pusat mengundi esok (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anda mungkin dalam kalangan pengundi yang merancang untuk naik teksi ke pusat mengundi esok (10 Jul).

Di bawah norma baru, 400 teksi ComfortDelGro kini dipasang perisai plastik untuk mengurangkan hubungan antara pemandu dengan penumpang.

Menurut Comfort, 80 peratus penumpang yang mencubanya beri maklum balas positif.

"Saya akan membersihkan menggunakan cecair pembasmi kuman di tempat-tempat yang selalu diduduki oleh penumpang seperti tempat duduk dan tempat pegang pintu. Tempat pegang pintu selalu itu yang kerap disentuh," kata Encik Abdul Jalil.

Pemandu teksi berusia 60 tahun itu kini rasa keselamatannya lebih terjamin - selepas teksinya dipilih untuk dipasang Perisai V, pelindung plastik yang meliputi seluruh kabin pemandu.

"Semenjak ada Perisai V ini saya rasa amat selamat kerana kami tidak ada interaksi, sentuh antara satu sama lain. Jadi udara di sebelah penumpang pun lain dan udara di sebelah pemandu pun lain," ujarnya.

Shaik Ali juga antara pemandu yang berpeluang mencuba lapisan perlindungan tambahan dalam teksinya.

"Pertama kali, penumpang saya naik teksi, dia tanya “Encik, ini awak buat sendiri?” Saya cakap “Tidak. Tidak. Ini syarikat saya yang pasang. Dia pun tertawa. Saya pun kata ini kerana nama syarikat saya Comfort. Jadi penumpang saya pun mesti 'comfortable'!," seloroh Shaik Ali.

Pemasangan perisai ini masih dalam percubaan sejak lewat Mei dan sejauh ini, 80 peratus penumpang memberi maklum balas positif.

TETAP PROAKTIF

Meskipun perisai tersebut mengurangkan tahap risiko terdedah penyebaran COVID-19, demi ketenangan fikiran, para pemandu tetap mengambil langkah berjaga-jaga melindungi diri.

"Pada akhir syif, saya bersihkan macam biasa. Pastikan semua bersih, kuman dibasmi.kerana saya pun di rumah saya ada cucu," kongsi Shaik Ali.

ComfortDelgro menyatakan jika percubaan itu terbukti berjaya, ia akan meluaskan lagi inisiatif Perisai V kepada lebih banyak teksi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan