Virus Korona

Images
  • malaysia covid 19 virus korona
    (Gambar: The Malaysian Insight melalui TODAY)

COVID-19: M'sia lapor 235 kes baru, 23 kes kematian

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan jumlah kes harian tertinggi selepas 235 kes baru positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi (26 Mac), sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 2,031 kes dan jumlah kematian sebanyak 23 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan siasatan awal, daripada 235 kes baru yang dilaporkan hari ini, sebanyak 60 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling.

" Baki 175 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini, hari ini. 

- BERNAMA/SU/na

Top