Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19:Lelaki 69 tahun yang meninggal dunia di rumah antara 6 kes kematian baru di M'sia

Sebanyak 140 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat 12.00 tengah hari Selasa (31 Mac), sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara tersebut kepada 2,766 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19:Lelaki 69 tahun yang meninggal dunia di rumah antara 6 kes kematian baru di M'sia

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 Mar 2020 07:13PM Dikemas Kini : 31 Mar 2020 07:16PM

PUTRAJAYA: Sebanyak 140 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia setakat 12.00 tengah hari Selasa (31 Mac), sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara tersebut kepada 2,766 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat enam lagi kematian akibat wabak itu direkodkan sejak 12 tengah hari semalam, dengan jumlah kumulatif kematian terkini sebanyak 43 kes iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-38 (kes pesakit ke-2269) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi yang merupakan kontak kepada kes ke-2750,"
 katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 hari ini (31 Mac).

Tiga lagi adalah lelaki warga tempatan, seorang daripadanya lelaki berusia 69 tahun yang meninggal dunia pada 27 Mac lalu di rumah beliau dan jenazahnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Dr Noor Hisham berkata lelaki tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan