Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Lebih 17,000 kes baru di Eropah dalam tempoh 24 jam

Sebanyak 17,506 kes baru COVID-19 dilaporkan di Eropah dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 104,591, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (20 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Lebih 17,000 kes baru di Eropah dalam tempoh 24 jam

(Gambar: Benoit Tessier/Reuters)

Diterbitkan : 21 Mar 2020 01:38PM Dikemas Kini : 21 Mar 2020 01:42PM

GENEVA: Sebanyak 17,506 kes baru COVID-19 dilaporkan di Eropah dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 104,591, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (20 Mac). 

Seramai 4,899 pesakit meninggal dunia setakat 23:59 Khamis (2259 GMT), peningkatan 816 kematian berbanding hari sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua. 

Negara Eropah paling terjejas - Itali, Sepanyol, Jerman dan Perancis, semuanya mencatatkan kes melebihi 10,000 - lebih 80,000 jangkitan, termasuk 4,566 kematian.

Di luar China, wabak maut itu mengorbankan lebih 6,500 orang, jumlah kes kumulatif melebihi 150,000. 

Menurut WHO lagi, lebih 230,000 kes dilaporkan di seluruh dunia, termasuk lebih 9,000 kematian. 

Enam negara dan wilayah melaporkan kes pertama manakala 96 negara dan wilayah menyaksikan jangkitan dalam masyarakat. 

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata wabak COVID-19 setiap hari mencatatkan peningkatan dan semakin tragis.

"Setiap kehilangan nyawa satu tragedi," kata Tedros sambil menyeru  semua pihak terus menggiatkan usaha dan melakukan segala yang terdaya untuk menamatkan rantaian jangkitan demi menyelamatkan nyawa.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan