COVID-19: Langkah kepungan di Melbourne sudah berakhir
Langkah kepungan di Melbourne selama empat bulan sudah berakhir.
MELBOURNE: Langkah kepungan di Melbourne selama empat bulan sudah berakhir.
Bandar terbesar wilayah Victoria itu merupakan pusat penularan COVID-19 di Australia.
Kepungan empat bulan di Melbourne dipercayai yang paling lama dan paling ketat di dunia.
Sepanjang tempoh itu para penduduk bandar lima juta orang tersebut diarah tidak keluar rumah kecuali benar-benar perlu dan perniagaan kurang penting dipaksa ditutup.
Kepungan ketat itu dilonggarkan setelah jumlah kes COVID-19 di seluruh Victoria merosot kepada tidak lebih 90.
Pagi tadi (28 Okt) Victoria melaporkan dua kes dan dua kematian baru.
Selama dua hari lalu tiada kes baru COVID-19 di Victoria, yang pertama sejak Mac.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.