Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID 19: Klinik PHPC bantu kurangkan beban kerja kakitangan hospital

Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) adalah penting kerana ia membantu mengurangkan beban kerja kakitangan hospital semasa penularan COVID-19 sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2020 08:12PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 10:55PM

SINGAPURA: Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) adalah penting kerana ia membantu mengurangkan beban kerja kakitangan hospital semasa penularan COVID-19 sekarang.

Demikian menurut Presiden Halimah Yacob ketika melawat sebuah klinik PHPC di Ang Mo Kio hari ini (24 Feb).

Hampir 900 klinik sedemikian diaktifkan bagi menangani pesakit dengan simptom-simptom seperti demam dan batuk.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka, semua kakitangan, pekerja-pekerja di sektor kesihatan jagaan asas di atas tugas baik yang mereka lakukan dan untuk mengatakan kepada mereka bahawa pemerintah sentiasa akan membantu mereka dalam usaha membanteras COVID-19," kata Presiden Halimah Yacob.

Semasa lawatannya, Presiden Halimah turut bertemu dengan para pekerja jagaan kesihatan dan melihat langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mencegah penularan COVID-19.

Ini termasuk mengisi borang-borang kesihatan dan sejarah perjalanan serta pakaian perlindungan tambahan untuk pekerja jagaan kesihatan.

Klinik-klinik PHPC sebelum ini menangani kes-kes berkaitan jerebu dan H1N1.

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan