Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Klinik GP berpendapat cuti wajib 5 hari saranan MOH tidak akan disalah guna pesakit

Klinik-klinik keluarga (GP) yang menjadi sebahagian daripada Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) sedang membuat persiapan bagi menangani penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Feb 2020 06:20PM Dikemas Kini : 16 Feb 2020 08:54PM

SINGAPURA: Klinik-klinik keluarga (GP) yang menjadi sebahagian daripada Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) sedang membuat persiapan bagi menangani penularan COVID-19.

Sekitar 900 klinik termasuk poliklinik dikerahkan Kementerian Kesihatan (MOH) di bawah skim itu.

Klinik-klinik PHPC akan merawat para pesakit yang menunjukkan simptom penyakit pernafasan seperti demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

Klinik-klinik GP akan dikerahkan secara bertahap-tahap mulai lusa dan akan menyediakan "subsidi khas" bagi rakyat Singapura dan Penduduk Tetap yang disahkan menghidap simptom penyakit pernafasan.

Menyusuli kerahan tersebut, klinik-klinik GP akan juga dibekalkan dengan pelitup N95, baju perlindungan serta kelengkapan lain.

Klinik-klinik GP yang ditemui menyambut baik langkah tersebut, terutama sekali bekalan kelengkapan perlindungan kerana mereka berada di barisan hadapan merawat pesakit.

Kebanyakan yang ditemui juga berpendapat bahawa cuti sakit lima hari seperti yang disarankan MOH tidak akan disalah guna.

Sebaliknya, ia akan membantu menyaring kes yang benar-benar terkena jangkitan COVID-19 dengan selesema biasa yang selalunya akan berlarutan selama tiga hingga lima hari.

Beberapa klinik GP juga menyediakan ruang asing bagi pesakit menunggu dan menerima rawatan.

Salah satu klinik malah mempunyai bilik dengan sistem aliran udara yang baik serta pintu belakang bagi merawat kes-kes yang disyaki jangkitan COVID-19.

Bermula lusa, senarai klinik GP di bawah skim PHPC akan dikemaskini secara progresif di laman flugowhere.gov.sg/

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan