Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Khidmat jagaan kesihatan penting terus beroperasi, skala khidmat lain diturunkan

Semua khidmat jagaan kesihatan penting akan terus beroperasi walaupun selepas langkah-langkah jarak selamat yang diperketat menetapkan kebanyakan tempat kerja ditutup mulai Khamis depan (7 Apri), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (4 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Khidmat jagaan kesihatan penting terus beroperasi, skala khidmat lain diturunkan

Kakitangan kesihatan mempersiapkan prosedur pemeriksaan awal di bangunan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) di Hospital Tan Tock Seng di Singapura pada 31 Jan 2020. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 04:25PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 04:29PM

SINGAPURA: Semua khidmat jagaan kesihatan penting akan terus beroperasi walaupun selepas langkah-langkah jarak selamat yang diperketat menetapkan kebanyakan tempat kerja ditutup mulai Khamis depan (7 Apri), menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (4 Apr).

Semua hospital akut awam dan privet, termasuk klinik spesialis yang tidak ditempatkan dalam sesebuah hospital dan pusat pembedahan bergerak serta hospital masyarakat, poliklinik, Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) dan pusat dialisis buah pinggang akan terus dibuka.

Klinik keluarga bukan PHPC, klinik pakar, klinik spesialis, klinik pergigian dan klinik perubatan tradisional Cina (TCM) boleh terus dibuka tetapi hanya untuk menyediakan khidmat penting. 

Khidmat penting merujuk kepada hal yang membawa kepada kemerosotan ketara atau mendadak pada keadaan perubatan pesakit dan berpotensi mengancam kesihatan serta kesejahteraan diri mereka, jelas MOH.

Khidmat tidak penting termasuk khidmat rawatan kecantikan, prosedur elektif seperti pembedahan katarak bagi mereka yang dalam keadaan stabil, janji temu pemulihan pesakit luar dan terapi, pemeriksaan kesihatan serta khidmat TCM misalnya, akupunktur.

"Semua janji temu tidak penting seharusnya ditangguhkan dan kakitangan yang bertugas di lokasi seharusnya dikekalkan pada jumlah minimun," menurut kementerian itu. "Jika boleh, khidmat yang sesuai bagi telerundingan perlu dilakukan secara online."

Skala jagaan peribadi di rumah akan diturunkan untuk memberi khidmat hanya kepada warga tua tanpa sokongan keluarga yang sewajarnya. Misalnya, para penjaga dan pengasuh adalah pekerja penting. Terapi di rumah - kecuali telerundingan - dan pengiring perubatan serta khidmat pengangkutan juga akan digantung.

Pusat jagaan warga tua, pusat pemulihan siang hari, pusat pemulihan psikiatri dan hospis siang hari juga akan ditutup. Pusat-pusat terpilih akan terus dibuka untuk menyokong mereka tanpa sokongan keluarga yang sewajarnya serta juga keperluan jagaan intensif. Warga tua seumpama itu juga boleh disokong menerusi khidmat jagaan rumah temasuk penghantaran makanan jika perlu, menurut MOH.

(Rajah: MOH)

(Rajah: MOH)

Khidmat-khidmat sokongan seperti ambulans, pengangkutan pesakit, khidmat darah, khdimat makmal dan radiologi, operasi kuarantin dan pengasingan serta operasi kesihatan sempadan akan diteruskan.

Rangkaian bekalan penting yang diperlukan untuk menyokong khidmat jagaan kesihatan penting juga harus diteruskan, menurut MOH.

Khidmat jagaan masyarakat di rumah dan rumah jagaan seperti rumah pemulihan psikiatri, rumah tumpangan psikiatri, jagaan paliatif pesakit dalam hospital, rawatan dan perubatan di rumah, jagaan di rumah, jagaan paliatif di rumah, khidmat penjaga sementara dan khidmat penghantaran makanan akan terus berfungsi.

Khidmat derma darah akan terus beroperasi. MOH menyatakan orang ramai digalak supaya terus menderma darah dalam tempoh ini walaupun mereka digalak untuk membuat janji temu terlebih dahulu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan langkah-langkah yang dipertingkatkan itu pada Jumaat (3 Apr) dalam perutusan ketiganya kepada seluruh negara berhubung isu COVID-19. Beliau menyifatkannya sebagai langkah untuk memutuskan rantaian penularan virus itu di Singapura.

Meskipun kebanyakan tempat kerja akan ditutup, khidmat-khidmat penting seperti kedai makan, pasar dan pasar raya, klinik, hospital, kemudahan awam, pengangkutan dan khidmat perbankan penting akan terus dibuka.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan