Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Kes baru di M'sia kekal satu angka; tiada kematian sejak 15 Jun

Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan perkembangan baik dengan tiada kematian direkodkan selama 22 hari berturut-turut sejak 15 Jun, dengan kes baru dicatatkan hari ini (6 Jul) kekal satu angka seperti semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Kes baru di M'sia kekal satu angka; tiada kematian sejak 15 Jun

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 09:45PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 09:49PM

PUTRAJAYA: Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan perkembangan baik dengan tiada kematian direkodkan selama 22 hari berturut-turut sejak 15 Jun, dengan kes baru dicatatkan hari ini (6 Jul) kekal satu angka seperti semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata terdapat lima kes baru dilaporkan hari ini, menjadikan kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,668 kes dengan jumlah kebolehjangkitan 71 kes.

“Daripada lima kes baru dilaporkan, tiga kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara (pemastautin tetap) dan dua lagi kes membabitkan penularan dalam negara,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Memperincikan dua kes penularan dalam negara, beliau berkata satu kes melibatkan bukan warganegara dikesan melalui saringan dalam komuniti oleh Pejabat Kesihatan Daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara, satu lagi kes melibatkan warganegara Malaysia iaitu saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8649), katanya.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan