Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Kematian kedua di Arab Saudi; perintah berkurung diperketat

Arab Saudi melaporkan kematian kedua akibat virus korona COVID-19, sekali gus memperketatkan perintah berkurung di seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Kematian kedua di Arab Saudi; perintah berkurung diperketat

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 04:50PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 04:52PM

RIYADH: Arab Saudi melaporkan kematian kedua akibat virus korona COVID-19, sekali gus memperketatkan perintah berkurung di seluruh negara.

Langkah itu menyaksikan pelaksanaan sekatan perjalanan masuk dan keluar dari Riyadh, Tanah Suci Makkah serta Madinah, selain pergerakan antara semua wilayah di negara itu.

Menurut perintah itu yang diluluskan oleh Raja Salman dan disiarkan media Arab Saudi, waktu berkurung turut dilaksanakan lebih awal daripada pukul 7.00 malam kepada pukul 3.00 petang, bermula hari ini (26 Mac).

Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung sejak Isnin lalu, untuk tempoh selama 21 hari, selepas mencatat peningkatan dalam kes jangkitan virus tersebut. Korban kedua merupakan seorang penduduk warga asing berusia 46 tahun di Makkah. Beliau adalah antara 133 kes baru yang disahkan, menjadikan jumlah kes jangkitan di Arab Saudi kini mencecah 900.

Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang dianggotai enam negara setakat ini mencatatkan 2,472 kes dengan tujuh kematian. Amiriah Arab Bersatu (UAE), dilaporkan mencatat 85 jangkitan baru, Oman sebanyak 15 kes dan Kuwait pula empat kes.

Arab Saudi sudah menghentikan penerbangan antarabangsa selain menggantung sementara visa umrah, dan menutup masjid, sekolah, pasar raya dan restoran.

Pihak berkuasa memberi amaran, sesiapa yang melanggar sekatan itu akan dijatuhi hukuman penjara atau denda. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan