Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Kakitangan awam diberkas di bawah Akta Rahsia Rasmi; didakwa bocor maklumat tentang Fasa 2 pelan pasca 'circuit breaker'

Seorang kakitangan awam berusia 50 tahun diberkas pada Sabtu (13 Jun) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana  didakwa mengongsi  maklumat  tentang rancangan pasca 'circuit breaker' di mana beliau merupakan seorang penerima yang dibenarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Kakitangan awam diberkas di bawah Akta Rahsia Rasmi; didakwa bocor maklumat tentang Fasa 2 pelan pasca 'circuit breaker'

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jun 2020 04:31PM Dikemas Kini : 14 Jun 2020 04:32PM

SINGAPURA: Seorang kakitangan awam berusia 50 tahun diberkas pada Sabtu (13 Jun) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana didakwa mengongsi maklumat tentang rancangan pasca 'circuit breaker' di mana beliau merupakan seorang penerima yang dibenarkan.

Polis menyatakan pada Ahad ia menerima satu aduan pada Jumaat bahawa maklumat tentang penerusan semula aktiviti di bawah Fasa 2 disebarkan menerusi kiriman mesej WhatsApp dalam kalangan orang awam.

"Siasatan awal menunjukkan lelaki itu, seorang kakitangan awam dan penerima yang dibenarkan bagi maklumat sulit tentang catatan pasca tempoh pemutus rantaian jangkitan, disyaki berkongsi maklumat tersebut pada 11 Jun 2020 dengan kumpulan privet WhatsApp yang tidak dibenarkan melihat maklumat tersebut," menurut polis dalam satu kenyataan media.

"Maklumat itu kemudian dikongsikan kumpulan sembang berkenaan, mengakibatkan penyebaran lebih meluas mesej tersebut."

Polis menambah siasatan sedang dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah menyebarkan maklumat sulit boleh didenda sehingga S$2,000 dan dipenjara sehingga dua tahun.

"Penerima yang tidak dibenarkan tidak seharusnya menyebarkan lanjut maklumat sulit yang diterima kerana mereka boleh dikenakan hukuman sama di bawah Akta Rahsia Rasmi," tegas polis.

"Pemerintah memandang serius sebarang penyampaian salah maklumat sulit dan akan menangani dengan tegas sesiapa yang berbuat demikian," tambahnya.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan