Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Jumlah kes India meningkat meskipun perintah berkurung ketat

Lagi tiga pesakit yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia malam semalam di India ketika pihak pemerintah pada Khamis (26 Mac) berusaha memperbaiki perkhidmatan asas kepada 1.3 bilion penduduknya yang menjalani perintah berkurung bagi mengelakkan penularan virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Jumlah kes India meningkat meskipun perintah berkurung ketat

Lagi tiga pesakit yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia malam semalam di India ketika pihak pemerintah pada Khamis (26 Mac). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 10:47PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 10:51PM

NEW DELHI: Lagi tiga pesakit yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia malam semalam di India ketika pihak pemerintah pada Khamis (26 Mac) berusaha memperbaiki perkhidmatan asas kepada 1.3 bilion penduduknya yang menjalani perintah berkurung bagi mengelakkan penularan virus tersebut.

Jalan raya dan bandar di sekitar India kelihatan sunyi pada hari kedua perintah berkurung dikeluarkan. Perdana Menteri Narendra Modi sebelum ini menggesa para penduduk untuk tidak keluar rumah kecuali kecemasan atau membeli makanan dan keperluan.

Selain itu di Delhi dan Mumbai pula, kelihatan ramai orang memakai pelitup muka dan sarung tangan, sementara itu terdapat banyak trak tersadai di sempadan negeri serta pengangkutan awam tergendala.

Pihak polis menguatkuasakan perintah berkurung yang ketat, meskipun Encik Modi berkata perkhidmatan penting akan kekal beroperasi seperti biasa.

Seorang peniaga di kawasan Nizamuddin di Delhi, Ram Prakash, berkata bekalan bagi beberapa barang keperluan bertambah baik walaupun air botol masih suatu masalah.

Kementerian Kesihatan India mengesahkan jumlah jangkitan semakin meningkat kepada 649 dan 13 kematian.

Meskipun perangkaan itu masih rendah berbanding negara China, Itali dan Sepanyol, pakar-pakar kesihatan memberi amaran India berdepan gelombang jangkitan jika langkah lebih tegas tidak diambil.

Pakar kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan, ketika bersidang di Geneva berkata bahawa India mempunyai peluang untuk mengembangkan ujian, pengawasan dan kemudahan kuarantin memandangkan terbukti ia pernah berjaya menghapuskan penyakit polio.

India sudah menjalankan ujian ke atas 24,254 orang setakat Rabu, biarpun ia hanya sejumlah kecil daripada penduduknya, menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India.

Malah hanya baru-baru ini, pihak pemerintah membenarkan sebilangan kecil sektor swasta dan lab kajian bukan privet untuk menjalankan ujian COVID-19.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan