Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: Jumlah kes di Indonesia hampiri angka 1 juta

Jangkitan COVID-19 di Indonesia menghampiri angka satu juta kes, selepas merekodkan 9,994 lagi kes baru, dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Jumlah kes di Indonesia hampiri angka 1 juta

Gambar fail pekerja memakai PPE di sebuah pasar di Jakarta, Indonesia pada 25 Jun 2020. (REUTERS/Willy Kurniawan)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 07:13PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 07:15PM

JAKARTA: Jangkitan COVID-19 di Indonesia menghampiri angka satu juta kes, selepas merekodkan 9,994 lagi kes baru, dalam tempoh 24 jam.

Kes positif keseluruhan di republik itu kini 999,256 kes, namun 809,488 pesakit yang dijangkiti virus itu dinyatakan telah sembuh.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes keseluruhan kematian akibat virus itu kini 28,132 orang, dengan tambahan 297 lagi kematian dalam 24 jam.

Provinsi Jakarta kekal wilayah tertinggi jangkitan virus itu iaitu 252,266 kes, manakala provinsi Jawa Timur menjadi wilayah paling tinggi kes kematian keseluruhan, iaitu 7,440 orang.

Sumber : Bernama/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan