Virus Korona

Images
  • aust
    (Gambar: Reuters/AAP Image/Luis Ascui)

COVID-19: Jumlah kes baru di Victoria stabil buat hari kedua

VICTORIA, Australia: Jumlah kes baru kekal stabil buat hari kedua sekali gus memberi harapan bahawa sekatan yang dijalankan menghasilkan kesan positif.

Wilayah Victoria melaporkan 331 kes baru dengan 19 kematian.

Jumlah tersebut hampir sama seperti semalam (10 Ogos) tetapi pihak berkuasa belum mengetahui sumber jangkitan bagi 100 kes baru itu.

Wilayah New South Wales pula melaporkan 22 kes baru COVID-19, pertambahan harian yang tertinggi dalam tempoh lebih tiga bulan.

Sekurang-kurangnya sepertiga daripada kes baru itu ada kaitan dengan sebuah kelompok baru di sebuah sekolah di bahagian barat laut Sydney.

- AFP/RU/na

Top