Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Jepun catat kes harian tertinggi, hampir 950 di Tokyo

Jepun juga memperketatkan kemasukan para pengunjung kerana bimbang akan varian baru COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Jepun catat kes harian tertinggi, hampir 950 di Tokyo

Kedai-kedai yang ditutup di pasar Tsukiji ekoran penularan COVID-19 di Tokyo, Jepun, pada 28 Apr 2020. (Gambar: Kim Kyung-Hoon?/REUTERS)

Diterbitkan : 26 Dec 2020 06:35PM Dikemas Kini : 26 Dec 2020 06:36PM

TOKYO: Ibu kota Jepun, mengesahkan hampir 950 kes baru COVID-19 hari ini (26 Dis) - iaitu kenaikan paling tinggi yang pernah dicatatkan dalam masa sehari.

Ia sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pihak hospital memandangkan jumlah katil yang semakin berkurangan.

Sekurang-kurangnya enam wilayah lain di Jepun turut mengalami krisis serupa.

Lebih 50 peratus daripada jumlah katil yang dikhususkan untuk para pesakit COVID-19 sudah digunakan, mencerminkan penularan mendadak virus itu.

Mereka yang berusia 20-an tahun membentuk majoriti jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Jepun.

Jepun juga memperketatkan kemasukan para pengunjung kerana bimbang akan varian baru COVID-19.

Semalam, ia mengesahkan lima kes pertama varian baru COVID-19 yang dikesan dalam kalangan mereka yang pulang dari Britain.

Warga asing dari Britain kini dilarang daripada memasuki Jepun.

Begitu juga dengan mereka yang tiba dari Afrika Selatan, di mana varian COVID-19 yang berbeza turut dikenal pasti. 

Sumber : Agensi berita/AI/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan