Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Hospital ambil langkah aktif urus kesesakan pesakit luar

Pihak hospital tempatan kini mengambil langkah-langkah aktif untuk menguruskan kesesakan pesakit luar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2020 06:34PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 09:46PM

SINGAPURA: Pihak hospital tempatan kini mengambil langkah-langkah aktif untuk menguruskan kesesakan pesakit luar.

Ini sedang lebih ramai pesakit kembali mendapatkan pemeriksaan dan hadir untuk temu janji dengan doktor dalam Fasa 2 tempoh pemutus rantaian COVID-19.

Ia bertujuan memastikan kawasan hospital selamat dan bagi mengekang penularan COVID-19.

Antara nasihat Hospital Besar Singapura kepada pesakit luar yang kembali untuk temu janji dengan doktor masing-masing adalah tiba tepat pada masanya dan tidak sampai terlalu awal.

Sedang Singapura meneruskan fasa kedua pemulihan kegiatan negara, orang ramai di hospital semakin bertambah kepada 90 peratus daripada tahap sebelum COVID-19.

Antara usaha yang sedang dijalankan, adalah mengurangkan masa pesakit berada di SGH.

Di Hospital Universiti Nasional (NUH) pula, pesakit lazimnya tidak perlu ke farmasi dan boleh pulang sejurus selepas bertemu dengan doktor.

NUH juga ada kumpulan kerja khusus untuk mengurangkan masa menunggu.

Dari pelbagai pilihan seperti penghantaran ubat kepada pembayaran elektronik, pesakit di NUH boleh melakukannya ketika dalam perjalanan pulang.

Semasa COVID-19, farmasi NUH melakukan sehingga 330 penghantaran ubat setiap bulan iaitu peningkatkan empat kali ganda.

Bagaimanapun NUH menarik perhatian jumlah pesakit kini semakin ramai terutama anggota keluarga yang prihatin.

Untuk itu, NUH menawarkan khidmat konsultasi telefon bagi anggota keluarga yang mahu lebih memahami keadaan mereka yang disayangi.

Kedua-dua SGH dan NUH juga menggalakkan orang ramai agar jangan berlegar-legar di premis hospital demi keselamatan mereka dan orang lain. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan