Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Hampir separuh pesakit di hospital sekitar Jakarta tidak bergejala

Agensi Kesihatan Jakarta menyatakan hampir separuh daripada kesemua pesakit COVID-19 di hospital tidak menunjukkan sebarang gejala.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Hampir separuh pesakit di hospital sekitar Jakarta tidak bergejala

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 05:05PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 05:07PM

JAKARTA: Agensi Kesihatan Jakarta menyatakan hampir separuh daripada kesemua pesakit COVID-19 di hospital tidak menunjukkan sebarang gejala.

Ini membangkitkan keprihatinan pihak berkuasa yang berdepan dengan kesukaran dalam melakukan pengesanan kontak.

Pihak berkuasa Jakarta dibelenggu kekurangan kakitangan untuk melakukan pengesanan kontak.

Sesetengah penduduk pula enggan berterus-terang dengan para pegawai penjejak.

Pemerintah sedang menggiatkan usaha agar berupaya mengesan sekurang-kurangnya 30 orang yang berhubungan dengan seseorang pesakit COVID-19.

Sedang bilangan kes baru kian meningkat di bandar-bandar utama Indonesia, pihak berkuasa Jakarta juga sedang menyelaras dengan pemerintah pusat untuk membuka lebih banyak kemudahan pengasingan bagi para pesakit tanpa gejala.

Ini termasuk sebilangan hotel bajet di ibu kota tersebut.

Sumber : Agensi berita/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan