Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

COVID-19: Firma elektronik tempatan PIC menang kontrak S$6 juta untuk bekal token TraceTogether

Syarikat pengeluar elektronik yang berpangkalan di Singapura, PIC menang kontrak S$6 juta untuk membekalkan kumpulan pertama 300,000 token TraceTogether.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Firma elektronik tempatan PIC menang kontrak S$6 juta untuk bekal token TraceTogether

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jun 2020 07:05PM Dikemas Kini : 12 Jun 2020 07:09PM

SINGAPURA: Syarikat pengeluar elektronik yang berpangkalan di Singapura, PIC menang kontrak S$6 juta untuk membekalkan kumpulan pertama 300,000 token TraceTogether.

Menurut notis Pemerintah, tender itu diberikan oleh Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) kepada firma tersebut pada 14 Mei, katanya dalam emel kepada Reuters.

Tambah GovTech, ia akan mengeluarkan tender bagi reka bentuk, penghasilan dan penghantaran kumpulan peranti selanjutnya.

Pemerintah mengumumkan rancangan untuk melancarkan peranti mengesan kontak yang boleh dipakai setelah aplikasi TraceTogether menghadapi masalah berfungsi dengan baik pada peranti Apple.

Token tersebut akan diedarkan kepada keluarga Singapura secara berperingkat pada akhir bulan ini.

Mereka yang tidak mempunyai telefon bijak akan diutamakan.

Menurut pemerintah token tersebut berkongsi isyarat Bluetooth, tetapi tidak akan merakam data lokasi.

Ia juga tidak mempunyai ketersambungan Internet atau sistem telefon. 

Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan