Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19 di M'sia: 78 kes baru, 63 pulih; 1 kematian

Sebanyak 78 kes baru positif COVID-19 direkodkan hari ini (22 Mei), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,137 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,163 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 di M'sia: 78 kes baru, 63 pulih; 1 kematian

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 May 2020 06:39PM Dikemas Kini : 22 May 2020 06:40PM

PUTRAJAYA: Sebanyak 78 kes baru positif COVID-19 direkodkan hari ini (22 Mei), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,137 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,163 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 78 kes baru yang dilaporkan, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 53 kes adalah penularan tempatan.

“Daripada 53 kes penularan tempatan itu, 40 kes adalah bukan warga Malaysia dengan 25 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya di sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata terdapat 63 kes pulih daripada COVID-19 pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan discaj dari wad adalah 5,859 kes (82.1 peratus).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat satu lagi kes kematian dicatat menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 115 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan