Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Berita 'Lockdown' negeri Sabah palsu

Penduduk di Sabah dinasihatkan agar tidak percaya berita palsu yang tersebar, kononnya tindakan 'lockdown' akan dikenakan di seluruh negeri Jumaat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Berita 'Lockdown' negeri Sabah palsu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 10:57PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 11:01PM

KOTA KINABALU: Penduduk di Sabah dinasihatkan agar tidak percaya berita palsu yang tersebar, kononnya tindakan 'lockdown' akan dikenakan di seluruh negeri Jumaat ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya memaklumkan setakat ini hanya empat daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) iaitu Semporna, Lahad Datu, Tawau dan Kunak.

"Daerah lain hanyalah masih di peringkat cadangan sahaja," kata MKN Sabah hari ini. 

Baru-baru ini tersebar berita palsu di media sosial terutama di Facebook berbunyi: "Mungkin hari Jumaat ini akan Lockdown seluruh Sabah, sila sedia semua".

Isnin lepas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Encik Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata PKPDB dilaksanakan di empat daerah itu bermula 12.01 tengah malam 29 Sept hingga 12 Okt melibatkan 962,661 penduduk.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan