Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19 beri kesan kepada kesihatan mental penduduk Korea Selatan: Tinjauan

Empat daripada 10 penduduk Seoul percaya kesihatan mental mereka merosot disebabkan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap. 

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19 beri kesan kepada kesihatan mental penduduk Korea Selatan: Tinjauan

Para pelawat sedang mengisi borang wajib sebelum memasuki sebuah hospital di Seoul, Korea Selatan, pada 26 Ogos 2020. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 04:11PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 04:12PM

SEOUL: Empat daripada 10 penduduk Seoul percaya kesihatan mental mereka merosot disebabkan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap. 

Dalam tinjauan melibatkan 3,983 peserta dalam kalangan remaja sehingga mereka yang berusia 80 tahun, seramai 1,489 atau 40 peratus mengatakan kesihatan mental mereka semakin merosot sejak wabak COVID-19 melanda awal tahun ini.

Selebihnya 60 peratus mengatakan terdapat sedikit perubahan dalam kesihatan mental mereka.

Tinjauan secara dalam talian oleh kerajaan bandar raya Seoul itu dijalankan dari Julai hingga Ogos.

Menurut peserta tinjauan antara sebab kemerosotan kesihatan mental adalah kerana masalah ekonomi, kekurangan masa lapang berikutan penjarakan sosial, tidak selesa memakai pelitup muka dan kekangan untuk berhubung dengan anggota keluarga.

Seramai 892 peserta atau 25 peratus menyatakan COVID-19 mungkin memberi kesan terhadap kesihatan fizikal mereka. 

Antara perkara paling sukar disebabkan COVID-19, 1,128 atau 32 peratus mengatakan  pengurangan aktiviti riadah dan berjalan-jalan,  pengangguran atau hilang punca pendapatan (24 peratus), penggunaan pengangkutan awam (12 peratus) dan membeli-belah atau makan di luar (enam peratus).

Lebih separuh peserta (51 peratus) mendapati garis panduan mejaga jarak sosial menyebabkan sedikit ketidakselesaan manakala 41 peratus lagi mengatakan ia perlu tetapi agak menyulitkan. 

Sebaliknya, 30 peratus lagi merasa terasing kerana penjarakan sosial.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan