COVID-19: Beberapa gim, studio yoga umum penutupan dek langkah jarak selamat lebih tegas
Beberapa gim dan studio yoga sudah mengumumkan penutupan cawangan masing-masing menyusuli pengumuman pemerintah mengenai langkah-langkah jarak selamat yang lebih tegas bagi mengekang penularan COVID-19.
SINGAPURA: Beberapa gim dan studio yoga sudah mengumumkan penutupan cawangan masing-masing menyusuli pengumuman pemerintah mengenai langkah-langkah jarak selamat yang lebih tegas bagi mengekang penularan COVID-19.
Setakat Khamis (26 Mac), sekurang-kurangnya empat cawangan kecergasan sudah mengumumkan penutupan masing-masing di seluruh negara, termasuk Fitness First, Virgin Active, Yoga Movement, Pure Yoga dan Pure Fitness.
Pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani COVID-19 mengumumkan pada Selasa bahawa kesemua perhimpunan di luar tempat kerja dan sekolah mesti dihadkan kepada maksimum 10 orang.
Menurut Pembangunan Negara Lawrence Wong, yang menjadi pengerusi bersama pasukan tindakan itu, gim dan studio yoga tidak perlu ditutup kecuali didapati melanggar langkah-langkah jarak selamat.
Dalam satu catatan Facebook pada Khamis (26 Mac), Fitness First menyatakan bahawa pihaknya akan menutup semua cawangannya mulai Khamis, dengan rancangan untuk menjalankan semula operasi pada 1 Mei. Keahlian kelab itu akan dibekukan mulai 27 Mac hingga 30 Apr, tambahnya.
Fitness First juga mengumumkan pelancaran kelas bersenam maya, yang boleh diakses di laman media sosialnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.