Skip to main content

Iklan

Iklan

COVID-19: Arab Saudi lapor hampir 800 kes baru, 7 lagi kematian

Arab Saudi mencatatkan hampir 800 kes baru COVID-19 buat julung-julung kalinya sejak beberapa bulan yang lalu, selepas berada di bawah paras 700 buat tiga hari berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Arab Saudi lapor hampir 800 kes baru, 7 lagi kematian

Para jemaah umrah di Makkah pada 25 Dis 2020. (Gambar: Haramain/Facebook)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 04:08PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 04:14PM

MAKKAH: Arab Saudi mencatatkan hampir 800 kes baru COVID-19 buat julung-julung kalinya sejak beberapa bulan yang lalu, selepas berada di bawah paras 700 buat tiga hari berturut-turut.

Ini ketika pihak berkuasa mengumumkan bakal menambah kapasiti di Masjidil Haram kepada 50,000 jemaah umrah dan 100,000 jemaah yang mengerjakan solat fardhu, mulai bulan Ramadan minggu depan.

Daripada 793 kes baru COVID-19 yang dicatatkan di seluruh Saudi semalam (6 Apr), 363 kes dilaporkan di ibu kota Riyadh dan 154 kes di Makkah.

Tujuh lagi kematian akibat koronavirus itu juga dicatatkan.

Semasa bulan Ramadan kali ini, hanya mereka yang sudah menerima vaksin COVID-19 dan para pesakitnya yang sudah sembuh, akan dibenarkan mendapatkan permit umrah atau kebenaran untuk mengerjakan solat fardhu di Masjidil Haram.

Semua majlis iftar dan sahur juga tidak akan dibenarkan di semua masjid di Saudi, termasuk di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan