Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

COVID-19: 2 rakyat Iran antara korban pertama di Timur Tengah

Dua orang maut di Iran setelah diuji positif virus COVID-19 pada Rabu (19 Feb), menurut Kementerian Kesihatan Iran dalam kes jangkitan virus COVID-19 pertama di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: 2 rakyat Iran antara korban pertama di Timur Tengah

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 07:55AM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 07:57AM

TEHRAN: Dua orang maut di Iran setelah diuji positif virus COVID-19 pada Rabu (19 Feb), menurut Kementerian Kesihatan Iran dalam kes jangkitan virus COVID-19 pertama di negara itu.

Menurut agensi berita YJC, yang merupakan cabang televisyen rasmi negara itu, kedua-dua pesakit adalah rakyat Iran dan penduduk bandar Qom.

Kematian mereka berdua juga merupakan kematian pertama akibat jangkitan virus COVID-19 di Timur Tengah dan yang ketujuh dan kelapan di luar China, di mana wabak itu sudah meragut lebih 2,000 nyawa sejauh ini.

Agensi berita tempatan IRNA menukil seorang jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour sebagai berkata virus itu dikesan pada dua warga emas dengan masalah imun di Qom yang terletak di bahagian selatan ibu kota Iran.

"Menyusuli kes penyakit pernafasan kronik di Qom baru-baru ini, dua pesakit diuji positif bagi virus itu berdasarkan ujian awal," agensi itu menukil Jahanpour sebagai berkata.

"Malangnya, kedua-dua pesakit itu meninggal dunia di unit jagaan rapi akibat sakit tua dan isu pada sistem daya tahan mereka."

Bulan lalu, Amiriah Arab Bersatu menjadi negara pertama di Timur Tengah yang melaporkan kes jangkitan virus COVID-19.

Mesir juga sudah melaporkan beberapa sebilangan kes di negara itu.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan