Virus Korona

Images
  • kabinet
    (Gambar: Bernama)

COVID-19: 2 bulan gaji dipotong bagi Perdana Menteri, jemaah menteri M'sia

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan dua bulan gaji bagi Perdana Menteri serta para menteri dan timbalan menteri negara itu akan dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini (26 Mac) memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan langkah itu bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

Tabung COVID-19 sudah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sekitar RM8.5 juta (S$2.83 juta)

Malaysia mencatat 20 kematian dan sekitar 1,800 kes positif COVID-19 setakat semalam. Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan di negara ini sejak 18 Mac hingga 14 April bagi membendung wabak tersebut.

- BERNAMA/NA/na

Top