Skip to main content

Iklan

Iklan

China tutup bandar Ruili bersempadan dengan Myanmar ekoran jangkitan COVID-19

China mengepung bandar Ruili yang terletak di sempadan dengan Myanmar selepas tiga kes COVID-19 dikesan di bandar itu pada hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
China tutup bandar Ruili bersempadan dengan Myanmar ekoran jangkitan COVID-19

Bandar Muse di sempadan Myanmar (latar depan) yang dipisahkan oleh sungai cetek dari bandar Ruili di China. (Gambar: Ye Aung THU/AFP)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 03:16PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 03:18PM

BEIJING: China mengepung bandar Ruili yang terletak di sempadan dengan Myanmar selepas tiga kes COVID-19 dikesan di bandar itu pada hujung minggu lalu.

Media rasmi China, CGTN, menyatakan dua pesakit COVID-19 datang dari Myanmar dan masuk ke China secara haram.

Mereka sudahpun diasingkan di hospital bersama lima orang yang lain.

Kira-kira 190 orang yang berhubungan rapat dengan kedua-dua pesakit itu pula sudah dikenakan kuarantin.

Selain itu, kesemua 210,000 penduduk bandar Ruili perlu menjalani ujian COVID-19.

Sejak Isnin malam (14 Sep), para penduduk juga diarahkan supaya tidak keluar rumah dan diharamkan memasuki atau meninggalkan bandar itu.

Semua perniagaan ditutup kecuali pasar, pasaraya dan kedai ubat.

Ruili merupakan tempat lintas utama di sempadan China-Myanmar. 

Sumber : AFP/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan