Skip to main content

Iklan

Iklan

China siap laksanakan R&D vaksin khusus Omicron

Reagen ujian asid nukleik (NAT) utama China berkemampuan untuk mengesan varian baru COVID-19, Omicron, lapor Institut Kawalan dan Pencegahan Penyakit Virus Nasional (IVDC).

Anggaran Waktu Membaca:
China siap laksanakan R&D vaksin khusus Omicron

Orang ramai menerima vaksinasi COVID-19 di bandar barat daya China, Chongqing. (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2021 04:18PM Dikemas Kini : 01 Dec 2021 04:22PM

BEIJING: Reagen ujian asid nukleik (NAT) utama China berkemampuan untuk mengesan varian baru COVID-19, Omicron, lapor Institut Kawalan dan Pencegahan Penyakit Virus Nasional (IVDC).

Pengarahnya, Xu Wenbo berkata, China sudah bersiap sedia untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin khusus untuk menangani Omicron.

“Banyak penyelidikan persediaan sudah selesai, membabitkan tiga teknologi vaksin untuk mutasi baru COVID-19 ini, antaranya vaksin virus ternyahaktif, vaksin protein dan vaksin berasaskan vektor.

“Beberapa syarikat China telah pun melancarkan perancangan peringkat awal untuk vaksin berkenaan,” kata Xu kepada media di sini, pada Selasa (30 Nov).

Menurut beliau, setakat 30 Nov, selain Hong Kong, tiada kes dikaitkan dengan varian baru Omicron dilaporkan di wilayah lain di China.

Dalam pada itu, pakar dari Akademi Sains Perubatan China, Qian Zhaohui menyatakan, varian tersebut merebak dengan sangat pantas berdasarkan data epidemiologi terkini di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, beliau berkata masih belum jelas sama ada Omicron akan menggantikan Delta sebagai varian dominan di dunia kerana ia memerlukan suatu tempoh sebelum diketahui perinciannya.

Sumber : Bernama/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan