Skip to main content

Iklan

Iklan

China lapor 8 kes baru COVID-19, kesemuanya kes import

China melaporkan lapan kes baru COVID-19 pada Isnin (14 Sep) berbanding 10 pada hari sebelumnya, menurut pihak berkuasa kesihatan nasional negara itu dalam satu kenyataan pada Selasa (15 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 8 kes baru COVID-19, kesemuanya kes import

Penduduk di Beijing, China memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: REUTERS/Tingshu Wang)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 10:23AM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 10:24AM

SHANGHAI: China melaporkan lapan kes baru COVID-19 pada Isnin (14 Sep) berbanding 10 pada hari sebelumnya, menurut pihak berkuasa kesihatan nasional negara itu dalam satu kenyataan pada Selasa (15 Sep).

Suruhanjaya Kesihatan Nasional menyatakan semua kes baru itu adalah jangkitan import melibatkan para pelawat dari luar negara. Suruhanjaya itu juga melaporkan sembilan kes yang tidak menunjukkan gejala, merosot daripada 39 pada hari sebelumnya.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di China kini sebanyak 85,202. Angka korban pula kekal tidak berubah pada 4,634.

Amerika Syarikat pada Isnin menurunkan tahap amaran ke atas perjalanan ke China, dengan mengakui bahawa negara itu menunjukkan kemajuan dalam mengatasi COVID-19 walaupun sering dikritik AS tentang peranannya dalam pandemik itu.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan