China lapor 16 kes baru COVID-19
China melaporkan 16 kes baru COVID-19, rendah sedikit berbanding 17 kes pada hari sebelumnya.
BEIJING: China melaporkan 16 kes baru COVID-19, rendah sedikit berbanding 17 kes pada hari sebelumnya.
Tujuh daripadanya adalah kes jangkitan tempatan sementara lagi sembilan adalah kes-kes import.
Lima kes jangkitan tempatan itu dikesan di Tianjin sementara lagi dua dilaporkan di Shanghai.
Dalam pada itu, Tianjin melancarkan program pemeriksaan selama tiga hari di wilayah itu.
Hampir 3 juta penduduk akan diuji di bawah program tersebut.
Pihak berkuasa tempatan berkata salah sebuah kawasan di Tianjin sudah dikenakan perintah berkurung dengan sekitar 1,900 penduduk dikuarantin.
Langkah berjaga-jaga juga diambil di daerah Pudong di Shanghai.
Dua kes jangkitan di Shanghai melibatkan seorang inspektor keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong dan isterinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.