Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China lapor 150 kematian baru akibat COVID-19

Angka korban akibat virus korona COVID-19 di China meningkat kepada 2,592 pada Isnin (24 Feb) selepas Suruhanjaya Kesihatan Nasional melaporkan lagi 150 kematian, semuanya di wilayah Hubei kecuali satu kes. 

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 150 kematian baru akibat COVID-19

Orang ramai memakai pelitup di Beijing, China, pada 23 Feb 2020. (Gambar: Thomas Peter/REUTERS)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 12:16PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 12:17PM

BEIJING: Angka korban akibat virus korona COVID-19 di China meningkat kepada 2,592 pada Isnin (24 Feb) selepas Suruhanjaya Kesihatan Nasional melaporkan lagi 150 kematian, semuanya di wilayah Hubei kecuali satu kes.

Jumlah kematian pada Isnin melonjak daripada 97 kematian yang dilaporkan pada Ahad.

Suruhanjaya itu juga mengesahkan sejumlah 409 kes baru di China, semuanya berlaku di Hubei kecuali 11 kes.

Jumlah keseluruhan yang disahkan kes COVID-19 di tanah besar China adalah 77,150 sekarang.

Beberapa wilayah turut melaporkan tiada kes baru jangkitan COVID-19 buat beberapa hari berturut-turut meskipun keadaan terus bertambah buruk di Hubei dan luar China.

Hanya satu kematian dilaporkan di luar Hubei pada Isnin, di wilayah Hainan. Menurut pegawai agensi berita Xinhua, mangsa adalah seorang doktor berusia 55 tahun.

COVID-19 sudah merebak ke lebih 25 negara dan menyebabkan rasa cemas yang memuncak akibat penularan baru di Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Itali melaporkan kematian ketiga sedang jumlah kes meningkat dan pihak-pihak berkuasa menggantung perlawanan bola sepak manakala acara Venice Carnival pula dipendekkan waktu pembukaannya.

Iran pula mengesahkan angka korban naik kepada lapan, menyebabkan larangan perjalanan ke negara itu dikuatkuasakan oleh negara-negara jiran.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan