Skip to main content

Iklan

Iklan

China lapor 127 kes baru COVID-19, tertinggi sejak 5 Mac

China melaporkan 127 kes baru COVID-19 pada Khamis (30 Jul), naik daripada 105 kes pada hari sebelumnya. Ini menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Jumaat. 

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 127 kes baru COVID-19, tertinggi sejak 5 Mac

Orang ramai memakai pelitup dilihat keluar berjalan di tempat awam berikutan penularan COVID-19 di Shanghai, China. (Gambar: Aly Song/REUTERS)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 12:55PM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 12:56PM

SHANGHAI: China melaporkan 127 kes baru COVID-19 pada Khamis (30 Jul), naik daripada 105 kes pada hari sebelumnya. Ini menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Jumaat.

Ia adalah bilangan kes COVID-19 harian tertinggi dicatatkan di China sejak 5 Mac.

112 daripada kes baru itu berlaku di wilayah barat laut Xinjiang, meningkat daripada 96 jangkitan pada hari sebelumnya. Lagi 11 kes pula dicatat di wilayah Liaoning di timur laut negara, naik daripada lima kes pada hari sebelumnya.

Terdapat empat kes import baru semalam berbanding tiga pada hari sebelumnya. Jumlah pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan gejala pula sebanyak 11 orang, berkurangan daripada 21 pada hari sebelumnya.

China melaporkan 84,292 kes virus korona secara keseluruhan setakat Khamis (30 Jul).

Syarikat ubatan China, Sinopharm, dan negeri Parana sudahpun bersetuju untuk melancarkan ujian utama vaksin COVID-19 yang keempat di Brazil. Ia akan mendapatkan kelulusan badan pengawal seliaan dalam dua minggu akan datang, menurut rakan-rakan kongsi Brazil pada Rabu. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan