Skip to main content

Iklan

Iklan

China lapor 12 kes baru COVID-19; semuanya kes import

China melaporkan 12 kes baru COVID-19 pada Isnin (29 Sep) berbanding 21 jangkitan yang dicatatkan pada hari sebelumnya, menurut penguasa kesihatan negara itu pada Selasa. 

Anggaran Waktu Membaca:
China lapor 12 kes baru COVID-19; semuanya kes import

Para penumpang di dewan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, pada 25 Sep 2020. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 11:14AM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 11:17AM

SHANGHAI: China melaporkan 12 kes baru COVID-19 pada Isnin (29 Sep) berbanding 21 jangkitan yang dicatatkan pada hari sebelumnya, menurut penguasa kesihatan negara itu pada Selasa.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional menyatakan kesemua jangkitan baru itu adalah kes import yang melibatkan pelawat dari luar negara. Jumlah pesakit tanpa gejala, yang tidak diambil kira sebagai kes yang disahkan positif di China, meningkat kepada 26 berbanding 14 pada hari sebelumnya.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di tanah besar China kekal pada 85,384, manakala angka korban tidak berubah pada 4,634. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan