Skip to main content

Iklan

Iklan

CDC syor wanita hamil dapatkan vaksin COVID-19

Wanita hamil harus divaksin terhadap jangkitan COVID-19, berdasarkan satu analisis baru yang tidak menunjukkan peningkatan pada risiko keguguran. Demikian menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pada Rabu (11 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
CDC syor wanita hamil dapatkan vaksin COVID-19

Seorang wanita hamil mendapatkan suntikan vaksin COVDI-19 di Schwenksville, Pennyslvania. (Gambar: Hannah Beier/REUTERS)

WASHINGTON: Wanita hamil harus divaksin terhadap jangkitan COVID-19, berdasarkan satu analisis baru yang tidak menunjukkan peningkatan pada risiko keguguran. Demikian menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pada Rabu (11 Ogos).

CDC menyatakan ia mendapati tiada keprihatinan keselamatan bagi wanita hamil baik dalam analisis baru itu atau kajian-kajian awal. Ia menyatakan kadar keguguran selepas vaksinasi sama dengan kadar jangkaannya.

Wanita hamil boleh menerima mana-mana di antara tiga vaksin yang diluluskan untuk kegunaan darurat - Pfizer, Moderna atau Johnson & Johnson.

Sebelum ini, agensi itu tidak menyarankan wanita hamil mendapatkan vaksinasi tetapi menyatakan mereka harus membincangkan tentang vaksinasi bersama penyedia jagaan kesihatan mereka.

Sascha Ellington, ketua pasukan bagi Kesediaan Kecemasan dan Respons di Divisyen Kesihatan Reproduktif CDC, berkata kadar vaksinasi dalam kalangan wanita hamil rendah dengan hanya 23 peratus daripada mereka menerima sekurang-kurangnya satu dos.

"Kami mahu meningkatkannya," kata Cik Ellington sambil menarik perhatian bahawa agensi itu sedang melakarkan strategi untuk mendapatkan pakar obstetrik dan pakar sakit puan untuk menjadi pemberi vaksin.

"Kami mahu wanita dilindungi. Kami tidak melihat sebarang keprihatinan terhadap keselamatan dan maka itu, manfaat vaksinasi benar-benar melebihi sebarang potensi risiko atau yang tidak diketahui."

Kehamilan meningkatkan risiko penyakit teruk akibat COVID-19, menurut CDC dan dijangkiti COVID-19 semasa hamil meningkatkan risiko bayi lahir belum cukup bulan.

CDC kini menyarankan semua individu berusia 12 tahun dan ke atas untuk mendapatkan vaksin COVID-19, termasuk mereka yang hamil, sedang menyusukan bayi, cuba hamil atau mungkin hamil pada masa akan datang.

"Kami sedia maklum akan mitos yang disebarkan berkaitan kesuburan. Ia tidak berdasarkan sebarang bukti. Tiada bukti saintifik yang menyokongnya," kata Cik Ellington.

"Kami berharap ini membantu."

Panduan baru itu dikeluarkan sedang jumlah kes dan kemasukan hospital akibat COVID-19 melonjak di seluruh negara pada bulan lalu.

Beberapa hospital di Arkansas, Florida, Louisiana serta Mississippi sudah kehabisan katil dan penularan merebak sehingga ke luar tapak penularan di selatan Amerika Syarikat ke wilayah-wilayah Oregon dan Washington. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan