Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Cara COVID-19 merebak lebih serupa dengan selesema berbanding SARS

Para saintis di China yang mengkaji swab hidung dan tekak daripada 18 pesakit yang dijangkiti virus korona baru menyatakan virus COVID-19 lebih serupa dengan influenza berbanding virus-virus berkaitan yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Cara COVID-19 merebak lebih serupa dengan selesema berbanding SARS

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 11:31AM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 11:48AM

CHICAGO: Para saintis di China yang mengkaji swab hidung dan tekak daripada 18 pesakit yang dijangkiti virus korona baru menyatakan virus COVID-19 lebih serupa dengan influenza berbanding virus-virus berkaitan yang lain. Ini menggambarkan ia boleh menular dengan lebih mudah daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Dalam sekurang-kurangnya satu kes, virus itu dikesan meskipun pesakitnya tidak menunjukkan simptom-simptom, sekali gus mengesahkan kebimbangan bahawa pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala juga boleh menyebarkan penyakit itu.

Walaupun masih awal lagi, namun hasil kajian yang diterbitkan New England Journal pada Rabu (19 Feb) memberikan bukti baru yang menunjukkan bahawa virus korona baru ini yang meragut nyawa lebih 2,000 orang, kebanyakannya di China, besar kemungkinan tidak mempunyai kaitan yang rapat dengan jenis virus korona yang lain.

Jika disahkan, maklumat ini sangat penting," kata Dr Gregory Poland, seorang pengkaji virologi dan vaksin bersama Klinik Mayo di Rochester, Minnesota, yang tidak terlibat dalam kajian berkenaan.

Tidak seperti Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS), yang menyebabkan jangkitan pada bahagian dalam saluran pernafasan yang boleh menyebabkan radang paru-paru, COVID-19 pula kelihatan menjejas kedua-dua bahagian atas dan bawah saluran pernafasan. Ini menjadikan COVID-19 bukan satakat berupaya menyebabkan radang paru-paru yang teruk, tetapi juga menular dengan mudah seperti selesema.

Para pengkaji di wilayah Guangdong memantau jangkitan virus korona pada 18 pesakit tersebut. Salah seorang daripada mereka, yang mempunyai paras sederhana jangkitan virus itu pada bahagian hidung dan tekak, tidak pernah mengalami sebarang simptom penyakit itu.

Dalam kalangan 17 pesakit yang tidak menunjukkan sebarang simptom, pasukan itu mendapati paras virus itu semakin meningkat tidak lama selepas simptom pertama dikesan, dengan paras jangkitan yang lebih tinggi pada bahagian hidung berbanding di dalam tekak. Corak jangkitannya lebih menyerupai influenza berbanding SARS.

Paras jangkitan dalam kalangan pesakit yang tidak menunjukkan sebarang simptom adalah serupa dengan yang dikesan dalam kalangan pesakit yang mengalami simptom seperti demam.

Hasil kajian itu mengukuhkan lagi bukti bahawa virus baru ini, meskipun serupa dari segi bakanya, tidak serupa SARS, kata Cik Kristian Andersen, seorang ahli imunologi dari Scripps Research di La Jolla yang menggunakan alat-alat penjujukan gen untuk mengesan penularan penyakit.

"Virus ini jelas lebih berupaya berjangkit dari manusia ke manusia berbanding jenis-jenis virus korona lain yang pernah dikaji sebelum ini. Ia lebih menyerupai penularan selesema," kata Cik Andersen, yang juga tidak terlibat dalam kajian berkenaan.

Para pengkaji tersebut berkata dapatan mereka mengukuhkan lagi bukti bahawa virus itu boleh menular pada peringkat awal jangkitan dan menggambarkan bahawa usaha mengawal penularan virus itu akan memerlukan pendekatan berbeza daripada pendekatan yang digunakan untuk SARS, yang sebahagian besarnya melibatkan pengawalan virus itu daripada menular dalam persekitaran hospital. 

Sumber : Reuters/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan