Skip to main content

Iklan

Iklan

Cara baru rakyat S'pura tawar bantuan dan sokongan di tengah-tengah COVID-19: Desmond Lee

Di tengah-tengah penularan penyakit virus korona COVID-19, rakyat Singapura menyingsing lengan menghulurkan bantuan, termasuk memulakan insiatif untuk membantu golongan lemah dalam masyarakat dan menunjukkan penghargaan kepada pekerja penjagaan kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Cara baru rakyat S'pura tawar bantuan dan sokongan di tengah-tengah COVID-19: Desmond Lee

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee.

Diterbitkan : 12 Feb 2020 10:51PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 11:49PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah penularan penyakit virus korona COVID-19, rakyat Singapura menyingsing lengan menghulurkan bantuan, termasuk memulakan insiatif untuk membantu golongan lemah dalam masyarakat dan menunjukkan penghargaan kepada pekerja penjagaan kesihatan.

Sokongan melimpah-ruah daripada rakyat Singapura dan badan-badan tempatan amat menyentuh hati dan menggalakkan kata Menteri, Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee pada Rabu (12 Feb) dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian yang ditubuhkan untuk menangani penularan virus itu di sini.

Menyusuli maklum balas bahawa ia mungkin lebih baik mempunyai "ruang khusus" bagi usaha-usaha dipelopori penduduk, Encik Lee berkata bahawa Pemerintah akan membantu menyelaraskan dan menyalurkan sokongan dan sumber-sumber itu menerusi dua cara.

Yang pertama ialah menerusi Dana Tabah (Courage Fund), yang ditubuhkan pada April 2003 sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu para mangsa sindrom pernafasan akut teruk (SARS), pekerja penjagaan kesihatan dan keluarga mereka, serta masyarakat umum yang terjejas oleh penyakit berjangkit serius itu.

Dana itu kini akan digunakan untuk menyokong pesakit, pekerja penjagaan kesihatan dan masyarakat umum yang mungkin memerlukan bantuan tambahan melebihi apa yang diberikan Pemerintah dan agensi khidmat sosial semasa penularan virus korona sekarang, menurut menteri itu.

Ia juga akan berfungsi sebagai satu wadah bagi orang ramai yang ingin menyumbang kepada beberapa usaha yang bertujuan membantu golongan berisiko dan terjejas, tambahnya.

Sumbangan derma sudah diterima daripada Yayasan Harapan CapitaLand dan Cabaran Presiden yang masing-masing menderma S$300,000 dan S$250,000.

Dana tersebut akan dikelolakan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Dana Masyarakat. Menurut Encik Lee butiran lanjut akan diumumkan kelak.

Pemerintah juga akan menubuhkan satu platform pusat untuk membantu "mengumpulkan pelbagai usaha masyarakat"

Lebih banyak maklumat akan dikongsi dalam masa terdekat, ujarnya lagi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan