Skip to main content

Iklan

Iklan

Bukan kepentingan MOH, HSA untuk 'rahsiakan kesan buruk' vaksinasi COVID-19

Ia bukan menjadi kepentingan Kementerian Kesihatan (MOH) atau Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk merahsiakan kesan buruk yang timbul akibat vaksinasi COVID-19, menurut kementerian itu pada Sabtu (4 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan kepentingan MOH, HSA untuk 'rahsiakan kesan buruk' vaksinasi COVID-19

Seorang pekerja jagaan kesihatan menyediakan dos vaksin COVID-19 di sebuah pusat vaksinasi di Singapura pada 21 Apr 2021. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 05 Sep 2021 02:56PM Dikemas Kini : 05 Sep 2021 02:57PM

SINGAPURA: Ia bukan menjadi kepentingan Kementerian Kesihatan (MOH) atau Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk merahsiakan kesan buruk yang timbul akibat vaksinasi COVID-19, menurut kementerian itu pada Sabtu (4 Sep).

"Sebagai penguasa kawal selia jagaan kesihatan yang bertanggungjawab, penting untuk menilai sama ada semua (kejadian buruk) atau kematian yang dilaporkan ada hubung kait dengan vaksinasi memandangkan vaksin hanya diluluskan secara sementara oleh HSA," menurut MOH.

"Sungguhpun demikian, sehingga kini, tiada sebarang kematian didapati berhubung kait secara langsung dengan vaksinasi. Terdapat kematian yang berlaku akibat masalah perubatan sedia ada yang tiada kaitan dengan vaksinasi."

Kementerian itu memberi respons kepada satu catatan Facebook oleh pengguna Iris Koh, yang mendakwa beliau mengetahui tentang beberapa orang yang meninggal dunia selepas mengambil vaksin.

Beliau berkata "seseorang daripada (laman forum) hardware zone" mengeluarkan satu set statistik yang menunjukkan kadar kematian di Singapura sekarang. Beliau menggesa pihak berkuasa supaya "menjelaskan lonjakan mendadak dalam jumlah kes kematian".

“Apabila kejadian buruk timbul selepas seorang individu divaksin, kami meneliti keadaan dan bergantung kepada pendapat pakar tentang sama ada kejadian buruk itu berkemungkinan ada hubung kait dengan vaksinasi atau tidak," jelas MOH.

“Apabila kematian berlaku, kami juga akan bergantung kepada koroner yang memutuskan dan menentukan apakah punca kematiannya menerusi dapatan bedah siasat."

Setakat Khamis (2 Sep), 80 peratus penduduk Singapura sudahpun selesai menjalani rejim penuh vaksinasi, manakala 83 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dua warga emas - lelaki berusia 81 tahun dan wanita berumur 72 tahun - meninggal dunia selepas menerima satu dos vaksin COVID-19. Kedua-duanya meninggal dunia akibat penyakit jantung iskemia, menurut MOH sebelum ini.

Lelaki berusia 81 tahun itu tidak meninggal dunia disebabkan komplikasi menyusuli vaksin COVID-19, menurut MOH pada April.

Pada Jun lalu, MOH menyatakan satu bedah siasat yang dijalankan selepas wanita berumur 72 tahun itu meninggal dunia menunjukkan tiada tanda-tanda tindak balas alahan kepada vaksin.

Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun juga mengalami serangan jantung enam hari selepas menerima dos pertamanya. Sebelum ini, MOH menyatakan remaja itu mengalami miokarditis teruks yang menyebabkan serangan jantung.

MOH menyatakan remaja itu berlatih "mengangkat besi yang lebih berat daripada berat badannya".

"Miokarditis berkemungkinan satu kejadian buruk serius yang disebabkan oleh vaksin COVID-19 yang dialaminya, yang mungkin bertambah buruk kerana beliau mengangkat besi yang berat dan mengambil kafein dalam jumlah yang tinggi melalui minuman tenaga serta makanan tambahan," jelas MOH bulan lalu. Ia juga menyatakan remaja lelaki itu kini "semakin pulih".

Sehingga hujung Julai, sebanyak 9,403 laporan mengenai kesan sampingan buruk yang disyaki berkaitan dengan vaksin-vaksin BioNTech dan Moderna COVID-19 diserahkan di Singapura, menurut HSA bulan lalu.

Laporan-laporan itu membentuk 0.12 peratus daripada lebih 7.5 juta dos vaksin mRNA COVID-19 yang diberikan di Singapura antara 30 Disember tahun lalu hingga 31 Julai tahun ini.

Daripada laporan-laporan itu, 389 atau 0.005 peratus dos yang diberikan diambil kira sebagai kesan buruk yang serius.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan