Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain lapor jumlah rekod kes baru COVID-19, 691 kematian

Britain melaporkan jumlah rekod kes baru COVID-19 pada Selasa (22 Dis), sedang ia berdepan lonjakan kes disebabkan oleh jenis baru virus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain lapor jumlah rekod kes baru COVID-19, 691 kematian

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 08:15AM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 08:17AM

LONDON: Britain melaporkan jumlah rekod kes baru COVID-19 pada Selasa (22 Dis), sedang ia berdepan lonjakan kes disebabkan oleh jenis baru virus itu.

Perangkaan rasmi menunjukkan bahawa terdapat 36,804 kes baru dan 691 lagi kematian dalam masa 28 hari selepas ujian positif, kedua-duanya naik mendadak berbanding sehari sebelumnya.

Perdana Menteri Boris Johnson dan kumpulan penasihat saintifiknya berkata pada Sabtu (19 Dis) bahawa jenis baru virus korona itu yang mungkin sehingga 70 peratus lebih mudah berjangkit, sedang menular dengan pantas di Britain, meskipun ia dianggap tidak lebih mengancam nyawa atau boleh menyebabkan penyakit lebih serius.

Pihak berkuasa sudah melaksanakan langkah sekatan pergaulan sosial yang ketat di London, bahagian barat daya England dan Wales, sementara rancangan untuk melonggarkan sekatan semasa cuti sambutan Krismas di seluruh negara dikurangkan dengan banyak atau dibatalkan sama sekali.

Banyak negara juga menutup sempadan mereka kepada Britain atas keprihatinan berhubung jenis virus korona yang sudah melalui mutasi itu.

Setiausaha Dalam Negeri Priti Patel berkata para menteri bersikap proaktif dalam memperkenalkan langkah-langkah pencegahan bagi menggalakkan orang ramai supaya duduk di rumah sepanjang tempoh sambutan Krismas.

"Kerajaan secara konsisten sepanjang tahun ini mengambil langkah-langkah proaktif lebih awal berhubung virus korona," katanya kepada radio BBC.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan