Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden mahu 70% orang dewasa AS divaksin dos pertama jelang 4 Julai

Presiden AS Joe Biden mahu 70 peratus orang dewasa di negara itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang 4 Julai, iaitu Hari Kemerdekaan Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden mahu 70% orang dewasa AS divaksin dos pertama jelang 4 Julai

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 May 2021 07:51AM Dikemas Kini : 05 May 2021 07:52AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mahu 70 peratus orang dewasa di negara itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang 4 Julai, iaitu Hari Kemerdekaan Amerika.

Demikian menurut Rumah Putih pada Selasa (4 Mei).

Para pegawai pentadbiran yang enggan identiti mereka didedahkan mengatakan Encik Biden akan membuat pengumuman tentang sasaran itu kelak.

Selain menyasarkan 70 peratus penduduk mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, Encik Biden mahu "160 juta rakyat Amerika divaksin sepenuhnya (2 dos)" menjelang tarikh sama, menurut seorang pegawai yang mendedahkan demikian kepada para wartawan.

Seorang pegawai mengatakan untuk mencapai sasaran itu hanya dalam 60 hari "bukan mudah tetapi kami tahu kami boleh melakukannya".

Amerika Syarikat sudah "jauh daripada tahap yang dijangkakan oleh orang lain dalam perang kami" terhadap virus COVID-19, menurut pegawai itu.

Untuk mencapai sasarannya, ini bermakna melenturkan kedegilan untuk mendapatkan vaksin, dan ini akan mengubah dengan ketara cara rakyat Amerika melalui musim panas, kata seorang lagi pegawai.

Dengan itu, "sekatan-sekatan kesihatan awam akan semakin berkurangan".

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan