Skip to main content

Iklan

Iklan

Belum jelas jika jangkitan Omicron lebih mudarat, menurut WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Ahad (28 Nov) belum lagi jelas sama ada varian koronavirus Omicron adalah lebih berjangkit berbanding varian lain SARS-CoV-2 atau jika ia boleh menyebabkan penyakit lebih teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Belum jelas jika jangkitan Omicron lebih mudarat, menurut WHO

Papan tanda Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Nov 2021 10:12AM Dikemas Kini : 29 Nov 2021 10:14AM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Ahad (28 Nov) belum lagi jelas sama ada varian koronavirus Omicron adalah lebih berjangkit berbanding varian lain SARS-CoV-2 atau jika ia boleh menyebabkan penyakit lebih teruk.

"Data awal mencadangkan terdapat peningkatan pada kadar kemasukan ke hospital di Afrika Selatan tetapi ia mungkin disebabkan oleh jumlah keseluruhan orang yang terjangkit meningkat dan bukannya kerana jangkitan tertentu," Reuters memetik kenyataan WHO.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya, pertubuhan itu menekankan bahawa bukti awal mencadangakan mungkin terdapat risiko jangkitan semula yang lebih tinggi daripada varian berkenaan.

WHO menyatakan ia sedang bekerjasama dengan para pakar teknikal untuk memahami kesan varian tersebut ke atas langkah-langkah pencegahan sedia ada terhadap COVID-19, termasuk vaksin.

"Buat masa ini, tiada maklumat untuk mencadangkan bahawa gejala yang terkait dengan Omicron adalah berbeza berbanding gejala daripada varian lain," menurut WHO.

"Kes-kes jangkitan awal yang dilaporkan adalah antara kajian universiti - individu lebih muda yang cenderung mempunyai penyakit yang lebih ringan - tetapi memahami tahap kemudaratan varian Omicron akan mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu," menurutnya.

Ujian PCR terus mengesan jangkitan melibatkan varian Omicron, yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada awal bulan ini. Kajian sedang dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kesan ke atas ujian pengesanan pantas antigen, Reuters menukil WHO.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan