Virus Korona

Images
  • msia covid
    Para askar yang memakai pelitup berdiri di sebuah pusat pemeriksaan di Putrajaya, Malaysia, pada 22 Mac 2020. (Gambar: Vincent Thian/AP)

Beli surat khabar, siram pokok di pejabat antara alasan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia pada Rabu (25 Mac) mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilanjutkan lagi.

Namun menurut laporan BH Online, pelbagai alasan diberikan sebilangan penduduk Malaysia yang ditemui yang cuba melanggar arahan itu.

‘Siram pokok di pejabat’, ‘nak hantar kek’, ‘pergi beli surat khabar’ dan ‘bungkus makanan tengah hari’ adalah antara sebab-sebab yang dikemukakan kepada pihak berkuasa di sekitar Petaling Jaya.

BH Online melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya Nik Ezanee Mohd Faisal sebagai berkata bahawa alasan-alasan sedemikian menunjukkan masih terdapat sebilangan pihak yang tidak menyedari bahaya penularan virus korona COVID-19.

“Tiada laporan anggota IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya dimaki dan dicerca setakat ini, namun kami berdepan pelbagai alasan tidak munasabah termasuk mahu siram pokok di pejabat ketika tempoh PKP," kata beliau seperti ditukil BH online.

“Malah, ada yang tinggal di Shah Alam memaklumkan ingin beli barangan dapur ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara.

“Ia membuatkan kita terfikir sebilangan kecil masyarakat belum menyedari tahap bahaya wabak COVID-19,” kata beliau lagi membuat kesimpulan.

- Agensi berita/TQ/tq

Top