Skip to main content

Iklan

Iklan

Belanjawan COVID-19: Bantuan bagi firma, pencari kerja kali pertama, mereka yang bekerja sendiri

 Mereka yang bekerja sendiri, firma-firma dan pencari kerja kali pertama akan menerima lebih banyak sokongan kewangan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan COVID-19: Bantuan bagi firma, pencari kerja kali pertama, mereka yang bekerja sendiri

Para pekerja di daerah perniagaan Raffles di Singapura. (Gambar fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)

Diterbitkan : 26 Mar 2020 08:24PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 08:34PM

SINGAPURA: Mereka yang bekerja sendiri, firma-firma dan pencari kerja kali pertama akan menerima lebih banyak sokongan kewangan. Demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Khamis (26 Mac), di tengah-tengah ekonomi yang lembab akibat penularan virus korona COVID-19.

Sokongan itu membentuk sebahagian daripada Belanjawan Daya Tahan bernilai S$48 bilion untuk menangani apa yang boleh dianggap menjadi "penguncupan ekonomi paling teruk sejak kemerdekaan", kata Encik Heng tambahan kepada Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai S$4 bilion yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini.

Di bawah Belanjawan Daya Tahan, mereka yang bekerja sendiri akan menerima bayaran tunai melalui Skim Bantuan Pendapatan Orang Bekerja Sendiri. Mereka yang layak akan mendapat S$1,000 sebulan selama sembilan bulan. Butirannya akan diumumkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kelak.

"Ada di antara mereka yang kurang berkemampuan dan perlu sokong keluarga, dan memerlukan bantuan untuk mengharungi masa sukar sekarang," kata Enik Heng, sambil menambah bahawa sebanyak S$1.2 bilion diperuntukkan bagi skim tersebut.

"Secara keseluruhannya, kami menjangkakan dapat membantu sebahagian besar mereka yang bekerja sendiri yang bergantung kepada pekerjaan sendiri secara bebas untuk menyara hidup mereka dan kurang mampu serta kurang sokongan keluarga, "katanya.

Selain itu, golongan tersebut juga akan menerima elaun latihan dipertingkat di bawah Skim Bantuan Latihan Orang Bekerja Sendiri. Mulai 1 Mei, elaun latihan sejam dinaikkan dari S$7.50 kepada S$10. Skim sokongan latihan itu juga akan dilanjutkan ke bulan DIsember tahun ini.

"Elaun latihan yang dipertingkakan itu t adalah tambahan kepada subsidi latihan, yang sekarang ini meliputi 90 peratus daripada kos yuran.

"Selain itu, mereka juga boleh memanfaatkan Kredit SkillsFuture mereka untuk membayar yuran kursus" kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan.

Beliau menambah bahawa S$48 juta akan diketepikan untuk menyokong skim latihan itu.

BANTU PEKERJA TERUS BEKERJA

Skim Sokongan Pekerjaan yang diperkenalkan semasa Belanjawan tahun ini, akan dilanjutkan, kata Encik Heng. Skim ini bertujuan untuk membantu firma-firma mengekalkan pekerja tempatan dalam keadaan yang tidak menentu sekarang.

"Keadaan sekarang memerlukan tindakan yang lebih tegas dan berani untuk menyelamatkan pekerjaan dan memastikan pekerja tidak kehilangan pekerjaan mereka," katanya.

Bagi firma, Pemerintah akan membiayai bersama 25 peratus daripada gaji pekerja tempatan, naik dari lapan peratus sebelumnya. Firma-firma dalam sektor perkhidmatan makanan akan menerima 50 peratus pembiayaan bersama bagi setiap pekerja tempatan, manakala firma dalam sektor penerbangan dan pelancongan - sektor yang paling teruk terjejas - akan mendapat bantuan lebih banyak dengan 75 peratus gaji dibiaya bersama.

Lebih ramai pekerja juga layak mendapat pembiayaan bersama itu, dengan aras kelayakan gaji bulanan dinaikkan dari S$3,600 kepada S$4,600. Gaji median di Singapura ialah S$ 4,600.

Skim Sokongan Pekerjaan juga akan dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga akhir tahun 2020. Para majikan akan menerima bayaran pada bulan Mei, Julai dan Oktober.

Secara keseluruhannya sebanyak S$15.1 bilion akan diperuntukkan bagi menyokong lebih 1.9 juta, iaitu lebih seganda sokongan yang diberikan semasa Krisis Kewangan Global.

"Dengan sokongan dari Pemerintah, saya menggesa majikan supaya berupaya mengekalkan pekerja mereka," kata Encik Heng

LEBIH BANYAK PEKERJAAN BAGI PENCARI KERJA KALI PERTAMA

Bagi pencari kerja kali pertama yang khuatir tentang pasaran pekerjaan sekarang, Pemerintah akan menawarkan latihan dan membantu mencari pekerjaan untuk mereka.

Program Pelatih n SGUnited akan memberi peluang kepada golongan muda untuk "mendapatkan pengalaman pekerjaan yang berharga" dan memberi "rangsangan tambahan bagi majikan untuk bangkit lebih kuat daripada krisis ini", kata Encik Heng.

"Di bawah program ini, Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG)
akan berkongsi kos tenaga kerja dengan syarikat yang menawarkan latihan yang disasarkan kepada pencari pekerja kali pertama tahun ini," katanya sambil menambah bahawa beliau berharap dapat menyokong sehingga 8,000 pelatih tahun ini, merangkumi perusahaan besar dan kecil .

"Ini termasuk latihan dalam bidang sains dan teknologi dalam makmal R&D, serta pengembangan dan teknologi maju," katanya. Periciannya akan diumumkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Di samping itu, Pemerintah akan menubuhkan inisiatif Pekerjaan SGUnited , untuk mewujudkan kira-kira 10,000 pekerjaan baru sepanjang tahun depan, bermula dengan sektor awam.

"Agensi kami sudah merancang keperluan tenaga kerja dari awal-awal lagi dan terdapat pelbagai pekerjaan yang perlu kita isikan dalam bidang baru.

"Kami akan mempercepatkan pelan pengambilan pekerja untuk memberi peluang pekerjaan yang bermakna kepada rakyat," katanya.

Ini termasuk khidmat jangka panjang dalam bidang seperti perkhidmatan sosial, pendidikan awal kanak-kanak dan ICT bagi keperluan jangka pendek untuk membantu mengendali krisis COVID-19.

Pada masa yang sama, Pemerintah juga bekerjasama dengan Persekutuan Perniagaan dan Persatuan Perdagangan Singapura untuk mengenal pasti pekerjaan dalam sektor swasta.

Beliau menambah bahawa WSG akan mengadakan pameran kerjaya maya pada Jumaat (27 Mac) dengan lebih daripada 2,200 jawatan kosong, dengan fokus pada pekerjaan sementara jangka pendek yang segera ditawarkan. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan