Skip to main content

Iklan

Iklan

Belajar dari S'pura, Kementerian Kesihatan M'sia jalankan ujian skala besar pada warga asing

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan ujian COVID-19 berskala besar terhadap komuniti warga asing, sebagai sebahagian daripada usaha ujian saringan bersasarnya. Hal tersebut dilaporkan Malaysiakini hari ini (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Belajar dari S'pura, Kementerian Kesihatan M'sia jalankan ujian skala besar pada warga asing

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Apr 2020 07:49PM Dikemas Kini : 18 Apr 2020 07:52PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan ujian COVID-19 berskala besar terhadap komuniti warga asing, sebagai sebahagian daripada usaha ujian saringan bersasarnya. Hal tersebut dilaporkan Malaysiakini hari ini (18 Apr).

"Kita belajar daripada Singapura...Kita akan mulakan ujian saringan skala besar terhadap pekerja asing kita," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Singapura hari ini mencatatkan 942 kes baru COVID-19, dengan majoritinya melibatkan pekerja asing. Hanya 14 daripada jumlah itu melibatkan warga dan penduduk tetap.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini masih belum ada maklumat berkenaan jumlah kes baru di negara itu yang melibatkan warga Malaysia.

Mengulas lanjut berkenaan rancangan ujian saringan massa KKM, beliau berkata kelompok sasaran akan ditentukan berdasarkan faktor seperti kumpulan kluster dan kawasan yang mempunyai banyak jangkitan (hotspot).

Malaysiakini melaporkan bahawa antara kalangan yang disasarkan untuk menjalani ujian itu ialah pelajar tahfiz di seluruh negara.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 197 sekolah tahfiz dengan 11,045 murid, dengan 8,392 daripada mereka sudah pun menjalani ujian.

"Kami menggunakan pendekatan bersasar secara bertumpu. Ujian berdasarkan kawasan dan kumpulan yang disasarkan," katanya.

Menurut Malaysiakini lagi, selain pelajar tahfiz, antara kumpulan sasaran lain adalah kluster Tabligh, yang merangkumi 39 hingga 40 peratus jumlah kes positif di Malaysia.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata lagi, mereka yang tinggal di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), misalnya Simpang Renggam dan Menara City One Kuala Lumpur, juga akan menjalani ujian itu.

"Secara asasnya, apabila kawasan itu dikenakan PKPD, kita menyasarkan kawasan itu dan buat ujian kepada semua (yang tinggal di sana)," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan