Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas tapak sekolah antara 36 hartanah milik pemerintah diubah jadi penginapan sementara bagi pekerja asing

Sebanyak 36 hartanah milik pemerintah yang tidak digunakan akan diubah menjadi tempat tinggal sementara untuk pekerja asing menjelang penghujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas tapak sekolah antara 36 hartanah milik pemerintah diubah jadi penginapan sementara bagi pekerja asing

Bekas tapak Sekolah Menengah Bedok North. (Gambar: Google View)

Diterbitkan : 01 Jun 2020 10:38PM Dikemas Kini : 01 Jun 2020 10:43PM

SINGAPURA: Sebanyak 36 hartanah milik pemerintah yang tidak digunakan akan diubah menjadi tempat tinggal sementara untuk pekerja asing menjelang penghujung tahun ini, demikian diumumkan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan media bersama pada Isnin (1 Jun).

Tapak-tapak itu yang termasuk bekas bangunan sekolah dan kilang kosong akan menempatkan sekitar 25,000 pekerja asing secara keseluruhannya, menurut MOM dan MND.

Ini merupakan aturan jangka pendek hingga sederhana, sedang Singapura meneroka program "besar-besaran" untuk membina dormitori baru bagi pekerja asing sepanjang tempoh beberapa tahun akan datang.

"Matlamat kami adalah untuk mengurangkan kesesakan dalam dormitori namun yang lebih penting, lagi adalah untuk mereka bentuk dormitori baru yang mana ia lebih berdaya tahan terhadap risiko kesihatan awam, terutama sekali risiko pandemik, berdasarkan pengalaman daripada COVID-19," kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di sidang media oleh pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 pada Isnin.

Sejauh ini, pihak berkuasa sudah menempatkan sebilangan pekerja asing yang sudah pulih daripada COVID-19 di tempat-tempat seperti kem tentera dan flat HDB yang kosong.

"Namun ini adalah penyelesaian sementara kerana lambat laun tapak-tapak ini perlu dipulangkan kepada pengguna asalnya, dan sekaligus kami perlukan penyelesaian lebih mapan," kata Encik Wong.

Hartanah milik Pemerintah yang tidak digunakan itu akan dijadikan tempat tinggal sementara termasuk bekas tapak Maktab Rendah Tampines, Maktab Rendah Serangoon, Sekolah Rendah Temasek dan Sekolah Menengah New Town.

Kementerian Pendidikan (MOE) mengesahkan pada Mei bahawa bekas tapak Sekolah Menengah Hong Kah dan Sekolah Menengah Bedok North adalah antara "sejumlah" tapak MOE yang akan digunakan sebagai kemudahan sementara bagi menempatkan pekerja asing "yang sihat".

Bagi menguruskan tapak-tapak berkenaan, MOE menubuhkan Pasukan Bertindak Khas Dormitori yang anggotanya terdiri daripada pegawai kementerian dan Pusat Bina Semangat (OBS).

Memandangkan sebilangan tapak itu terletak dekat dengan kawasan perumahan, Encik Wong menggesa rakyat Singapura supaya "memainkan peranan masing-masing" dan menolak cara pemikiran 'bukan di halaman saya'.

"Kita benar-benar perlu menghargai sumbangan semua pekerja asing selama ini dan diteruskan sekarang ini dan selanjutnya di Singapura, dan alu-alukan kehadiran mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat kita," kata Encik Wong lagi. "Dan ini adalah aspek penting yang boleh kita pelajari daripada pengalaman ini dan menjadi sebuah masyarakat lebih inklusif."

Berikut adalah hartanah milik Pemerintah yang akan dibaik pulih menjadi kemudahan sementara:

Bekas tapak sekolah

- 20 Jalan Damai, bekas Sekolah Menengah Bedok North
- 3 Yishun Ring Road, bekas Maktab Rendah Yishun Innova
- 8 Chai Chee Lane, bekas Sekolah Rendah East Coast
- 501 Bedok South Ave 3, Sekolah Rendah Temasek
- 3 Geylang Bahru Lane, bekas SEAB
- 121 Queensway, bekas Sekolah Menengah New Town
- 201 Ulu Pandan Road, bekas sekolah antarabangsa Nexus
- 300 Jalan Jurong Kechil, bekas sekolah German European
- 25 Jalan Tembusu, bekas sekolah antarabangsa Chatsworth
- 2 Tampines Ave 9, bekas Maktab Rendah Tampines
- 12 Pasir Ris St 11, bekas Sekolah Rendah White Sands
- 931 Jurong West St 42, bekas Sekolah Menengah Hong Kah
- 1033 Upper Serangoon Road, bekas Maktab Rendah Serangoon
- 29 Woodlands Centre Road, bekas Sekolah Rendah Fuchun
- 1 and 3 Mei Chin Road, bekas sekolah antarabangsa Global Indian
- 15 Tampines St 11, bekas Sekolah Rendah Qiaonan
- 60 Dunearn Road, bekas sekolah antarabangsa Cina

Kilang-kilang kosong

- 26A Sungei Kadut St 4
- 11C, 11D, 15A, 15B Tuas Road
- 25 Kranji Loop
- 120, 128, 130, 134, 136, 138 Genting Lane
- 6 Neythal Road
- 105, 164 Gul Circle
- 128 Tuas South Ave 3
- 28 Ayer Rajah Crescent
- 36 Sungei Kadut St 1

Hartanah milik Pemerintah yang lain:

- 63-66 Yung Kuang Road, "blok-blok berlian" di Taman Jurong
- 1-22 Redhill Close, blok HDB kosong di Bukit Merah
- 429A Bedok North Road, blok-blok HDB kosong
- 36 Dunearn Road, bekas tapak Chancery Court
- 8 Lower Delta Road, Pusat Peperiksaan Tiong Bahru
- 226 Outram Road, Hospital Besar Singapura
- 2 Perahu Road
- 191 Ang Mo Kio Ave 8, hostel pelajar di bekas tapak Maktab Rendah Anderson
- 90, 92, 94 Kismis Avenue, bekas apartmen kakitangan Politeknik Ngee Ann

Kem-kem tentera di National Service Resort and Country Club Kranji juga akan digunakan untuk menempatkan pekerja asing.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan