Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekalan vaksin COVID-19 Jepun terhad, vaksinasi bagi warga emas tertangguh

Jepun hanya akan menerima dos terhad vaksin COVID-19 bagi beberapa bulan pertama pelancaran vaksinasi. Suntikan vaksin bagi golongan warga emas pula akan diedarkan secara berperingkat, kata ketua vaksinasi negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan vaksin COVID-19 Jepun terhad, vaksinasi bagi warga emas tertangguh

Kabinet Jepun luluskan Rang Undang-Undang perketat langkah bendung COVID-19. (Gambar: AFP/Kazuhiro NOGI)

Diterbitkan : 22 Feb 2021 12:38PM Dikemas Kini : 22 Feb 2021 12:39PM

TOKYO: Jepun hanya akan menerima dos terhad vaksin COVID-19 bagi beberapa bulan pertama pelancaran vaksinasi. Suntikan vaksin bagi golongan warga emas pula akan diedarkan secara berperingkat, kata ketua vaksinasi negara itu.

Pfizer, pembuat satu-satunya vaksin COVID-19 yang diluluskan di Jepun, sedang mempertingkatkan pengeluaran di Eropah, namun bekalan yang ditingkatkan itu kemungkinan tidak akan tiba di Jepun sehingga Mei, kata Menteri Pembaharuan Pentadbiran Taro Kono pada Ahad (21 Feb) dalam satu temubual bersama stesen penyiaran kebangsaan NHK.

"Kami ingin memulakan vaksinasi bagi warga emas pada April, namun malangnya jumlah dos yang diperuntukkan bagi mereka adalah terhad pada awalnya, oleh itu kami ingin memulakannya secara perlahan," kata Encik Kono.

Jepun melakukan rundingan bagi mendapatkan lebih daripada 500 juta dos vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh pembuat ubat-ubatan Barat. Namun, para pengawal selia tempatan hanya meluluskan satu vaksin sejauh ini, dan negara itu masih bergantung pada bekalan import yang tertangguh kerana gangguan pengeluaran dan kawalan eksport.

Sejak menteri pembaharuan pentabiran, Taro Kono ditugaskan pada bulan lalu untuk mengetuai usaha vaksinasi Jepun, beliau enggan mendedahkan garis masa tepat bila dos-dos vaksin itu akan tiba dan diagihkan. Meskipun begitu, pemerintah Jepun berpegang pada ikrar untuk mendapatkan jumlah vaksin yang mencukupi bagi kesemua penduduk Jepun seramai 126 juta menjelang Jun.

Jepun melakukan rundingan untuk mendapatkan 144 juta dos vaksin Pfizer tahun ini dan bekalan keduanya sekitar 450,000 vaksin tiba pada Ahad (21 Feb).

Kempen vaksinasi di Jepun bermula pada minggu lalu dengan para doktor dan jururawat menerima suntikan dos pertama. Pemerintah Jepun mengutamakan pemberian vaksin bagi sekitar 4.7 juta petugas perubatan, sekitar 1 juta lebih ramai berbanding jumlah anggaran sebelum ini.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan