Beijing minta pengimport makanan laut hindari negara dengan jumlah tinggi kes COVID-19
Ibu kota China menyeru para pengimport pada Isnin (28 Sep) untuk menghindari makanan beku dari negara-negara dengan jumlah kes virus korona yang tinggi menyusuli beberapa kes produk makanan laut diimport diuji positif COVID-19.
BEIJING: Ibu kota China menyeru para pengimport pada Isnin (28 Sep) untuk menghindari makanan beku dari negara-negara dengan jumlah kes virus korona yang tinggi menyusuli beberapa kes produk makanan laut diimport diuji positif COVID-19.
"Pihak kastam dan pemerintah tempatan berulang kali mengesan virus korona pada makanan beku yang diimport dan ini membuktikan ia berisiko tercemar," menurut Biro Perdagangan Perbandaran Beijing dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada syarikat-syarikat pengimport.
Biro itu menggesa supaya mereka memantau dengan teliti keadaan pandemik di luar negara dan "secara proaktif mengelakkan daripada mengimport makanan beku dari negara-negara yang terjejas teruk oleh virus korona" dan membuat rancangan alternatif untuk produk import.
Ia juga meminta syarikat-syarikat untuk memperbaiki mekanisme amaran dan laporan serta memaklumkan pihak berkuasa dengan segera jika produk-produk diuji positif.
China melaporkan sifar kes jangkitan dalam masyarakat untuk lebih sebulan namun baru-baru ini ia mengesan virus itu pada bungkusan produk import makanan laut di wilayah Jilin dan bandar Qingdau.
China pada bulan ini menggantung import daripada syarikat pembekal makanan laut di Brazil, Indonesia dan Rusia untuk seminggu atau lebih lama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.